Polis Kenal Pasti 6 Kawasan ‘Panas’ Sering Berlaku Kemalangan Di Selangor

- Advertisement -

GOMBAK – Kira-kira 171,000 kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sepanjang cuti perayaan Tahun Baharu Cina mulai Jumaat ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, peningkatan itu sebanyak 71 peratus berbanding purata penggunaan harian sekitar 100,000 kenderaan.

“Justeru, pengguna dinasihatkan untuk mengikut jadual waktu perjalanan mengikut konsesi masing-masing bagi mengelakkan kesesakan,” kata beliau pada sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat-19 Tahun Baru Cina Kontinjen Selangor di Plaza Tol Gombak di sini hari ini,

Menurut beliau, polis menerusi Op Selamat-19 akan mempertingkatkan penguatkuasaan bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna sepanjang tempoh berkenaan.

Kata Sasikala, pihaknya juga mengenal pasti enam kawasan `panas’ di sekitar Selangor yang sering berlaku kemalangan dan kesesakan jalan raya.

“Kawasan yang dikenal pasti ialah Sabak Bernam, Klang Selatan, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Ampang.

“Fokus penguatkuasaan akan diberikan kepada enam kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar dan memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat serta menggunakan alat komunikasi semasa memandu,” jelasnya.

Kata beliau, bagi Op Selamat Tahun Baru Cina pada tahun lalu merekodkan 2,810 kemalangan di seluruh Selangor.

“Daripada jumlah itu, 21 daripadanya adalah kemalangan maut membabitkan 21 kematian. Jadi kita menyeru pengguna jalan raya supaya memandu dengan berhemah dan mengikut peraturan yang ditetapkan,”katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat