Tamparan hebat buat Tok Mat, tiada kelebihan dari segi politik – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pertukaran porfolio Datuk Seri Mohamad Hasan dari Kementerian Pertahanan (MINDEF) ke Kementerian Luar Negeri didakwa langkah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ‘menurunkan pangkat’ Timbalan Presiden Umno itu.

Dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Jumaat, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa tindakan Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri I menukar portfolio Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Khaled Nordin mencetus suasana tidak selesa.

“Kita dikejutkan dengan berita bahawa baru-baru ini Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah pun menjalani pembedahan dan juga prosedur kita doakan yang terbaik untuk beliau, cuma bila berita itu keluar ada tanda tanya bila orang masa depan politik beliau.

“Bila dia (Zahid) dah dengar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan buat rombakan Kabinet dia mungkin beritahu diri sendiri… ini adalah peluang saya untuk beritahu orang ramai, walaupun saya telah pun melalui pembedahan baru-baru ini.

“I’m in-charge, I’m not going anywhere and I can move people around.

“Kamu Timbalan Presiden ke kamu Naib Presiden ke, kamu tak selesa, I akan pusing-pusingkan you.

“…yang constant it’s me, Thanos… yang lain semua, you Timbalan Presiden jadi MINDEF sekarang aku campak kau ke Wisma Putra, kau Naib Presiden dulu jaga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) saya hantar kamu jaga askar tak ada apa-apa pengalaman, keep people on their toes, ini political master class from Zahid,” dakwa bekas Ketua
Pemuda Umno itu.

Khairy turut mengulas berkenaan kedudukan Timbalan Presiden Umno yang ditukar portfolio itu.

“Untuk makluman, ada yang kata Wan Saiful nakal. Dia kata Mohamad Hasan ‘turun pangkat’ daripada MINDEF ke Kementerian Luar Negeri dan ini adalah tamparan hebat kepada Mohamad.

“Dan juga ada yang cuba cover balik dan mengatakan bahawa contoh di UK, AS jawatan Menteri Luar ini adalah jawatan yang paling kanan.

“Mereka kata Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) jadi Menteri Luar selama 9 tahun dan akhirnya menjadi Perdana Menteri, jadi jawatan ini tidaklah menjadi penghalang kepada seseorang itu mendapat jawatan itu yang lebih tinggi pada masa yang akan datang,” ujarnya.

Khairy menegaskan, itu semua betul.

“Bila saya bincang dengan Tun Abdullah berkenaan pengalaman beliau sebagai Menteri Luar, ya beliau kata memang itu tidak menghalang beliau untuk menjadi jadi PM tetapi Pak Lah juga mengakui bahawa ia menyukarkan beliau dari segi politik kepada beliau.

“Sebab dia tak banyak masa di Malaysia, tak ada ruang untuk touch point dengan rakyat dan komuniti politik, sekurang-kurang Menteri Pertahanan ini ada kem-kem tentera yang dia boleh melawat, masyarakat setempat, Ketua Umno Bahagian.

“Kalau kamu Menteri Luar dia nak jumpa siapa? Jumpa ketua umno bahagian Zimbabwe, kelab Umno luar negara, secara politik ia bukanlah satu jawatan yang memberi kelebihan.

“Saya yakin, pasti Mohamad akan rasa kecewa dari segi politik kerana secara politik bukan sesuatu yang beri kelebihan dari segi politik, ” kata bekas Menteri Kesihatan itu lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat