Pakai pelitup separuh muka di tempat sesak – Dr Dzulkefly

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menasihatkan orang ramai untuk memakai semula pelitup separuh muka di tempat sesak.

Beliau juga meminta individu yang menunjukkan simptom Covid-19 juga memakai pelitup separuh muka bagi melindungi diri mereka dan orang lain.

“Di tempat yang sesak, adalah penting untuk memakai pelitup separuh muka.

“Bagi individu yang menunjukkan simptom, adalah penting bagi mereka untuk melindungi diri mereka dan orang lain dengan memakai pelitup separuh muka,” katanya.

Dr Dzulkefly menjelaskan, pengambilan vaksin Covid-19 dan dos tambahan adalah digalakkan terutama kepada golongan yang berisiko tinggi yang mengalami komplikasi sekiranya dijangkiti Covid-19 termasuk warga emas atau individu yang mempunyai penyakit-penyakit kronik.

Jelas beliau, vaksin Covid-19 ini berkesan untuk melindungi dari mendapat komplikasi yang teruk sekiranya individu itu dijangkiti.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat