“Consert UK’SLAM Musical” Dua legenda di satu pentas.

- Advertisement -

Dua kumpulan pop rock legenda, Uk’s dan Slam akan bergabung diatas satu pentas untuk persembahan yang di beri judul “CONCERT UK’SLAM MUSICAL”, konsert terbabit bakal menjadi sejarah untuk julung kalinya kedua-dua kumpulan ini bergabung membuat persembahan di atas satu pentas.

Semestinya konsert in akan mengembalikan nostalgia kepada semua peminat peminat mereka dengan lagu-lagu yang pernah menjadi hits suatu masa dulu di setiap corong- corong radio tanah air.

Konsert yang dianjurkan oleh Bombay Legend Worldwide bersama Amiruks Entertainment, “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” ini akan berlangsung pada 3 Febuari 2024 yang akan bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.

Kumpulan UK’s yang diterajui Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf @ Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Bin Toni (gitar), dan turut dianggotai Mohamad Saleh Bin Mohd Alias (bass), Amiruddin Bin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Bin Ahmad @ Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan Uk’s.

Manakala kumpulan Slam diterajui Shah Nizam Bin Abdul Halim @ Shah (gitar) bersama Zamani Bin Ibrahin sebagai vokalis, Eddie Bin Ahmad (keyboard), Nor Azli Bin Masrani (bass) dan Othman Bin Khalid (drum).

Konsert ini juga bakal disertai oleh pemuzik-pemuzik undangan seperti Raja Mohd Sham (gitar akustik), Mirzan (keyboard), Mohar (seruling bambu), Pa’ang (perkusi) dan Shafiq (gitar).

UK’s dan Slam menyifatkan, lamaran untuk mereka bergabung dalam satu persembahan di satu pentas yang sama merupakan satu kelainan dalam sejarah penglibatan karier mereka dalam mengadakan konsert. Peluang yang diberikan ini dianggap satu peluang yang sukar untuk dilepaskan sebagai pemuzik dan anak seni.

Konsert persembahan ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai nilai sentimental dari Garapan, susunan dan sentuhan penceritaan melalui element visual dan muzikal yang akan digabungkan bersama-sama di dalam persembahan oleh kedua-dua kumpulan.

Kedua-dua kumpulan bakal mempertaruhkan gaya persembahan masing-masing, tentunya akan memberikan kelainan kepada peminat kerana masing-masing ada aura dan kekuatan tersendiri daripada pelbagai aspek dalam persembahan segmensolo.

Antara elemen yang akan diketengahkan di antara persembahan daripada setiap segmen ke segmen yang lain akan disulami dengan susunan gabungan audio visual secara muzikal.

‘Magis’ yang akan ditonjolkan bagi persembahan kali ini adalah ‘gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini melalui lagu dan muzik yang akan dimulai dengan susunan irama akustik.

‘Gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini seterusnya akan membawa kepada persembahan yang lebih bertenaga dan energatik menerusi segmen yang akan membawa para peminat UK’SLAM bergabung menjadi satu untuk bersama-sama menyanyikan keseluruhan irama lagu hingga ke akhir persembahan.

Kumpulan UK’s dan Slam dikenali dengan alunan lagu-lagu yang membelai jiwayang bertenaga dengan alunan vokal yang lunak, merdu dan mendayu-dayu, disamping pemilihan lagu yang tepat antara himpunan lagu-lagu mereka yang menjadi siulan dan kegilaan para peminat mereka adalah sangat penting bagi persembahan ini.

Oleh itu, persembahan ini akan menghidangkan himpunan seleksi 30 lagu terbaik dalam senarai all-time favourite bagi kedua-dua kumpulan seperti Rytham Si Jantung Hati, Untuk Apa, Di Luar Kemampuanku, Cintaku, Pahit Akan Manis Akhirnya , Kembali Mencari, Kekasihku Di Menara dan banyak lagi lagu-lagu hits dari kedua-dua kumpulan ini.

Oleh itu, persembahan ini akan menghidangkan himpunan seleksi 30 lagu terbaik dalam senarai all-time favourite bagi kedua-dua kumpulan, Seleksi lagu-lagu UK’s Rytham Si Jantung Hati, Untuk Apa, Di Luar Kemampuanku, Cintaku, Pahit Akan Manis Akhirnya , Kembali Mencari, Kekasihku Di Menara, Seksa dan banyak lagi

Bagi seleksi lagu-lagu kumpulan Slam adalah seperti Buat Seorang Kekasih, Gerimis Mengundang, Nurkasih, Kembali Merindu, Kembali Terjalin, Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani, Tak Mungkin Berpaling, Mentari Muncul Lagi dan banyak lagi.

Tiket-tiket boleh didapati dengan melayari laman sesawang: www.ilassotickets.com.my atau hubungi: Tiket hotline: +60 11-1329 7822 (Whatsapp)

Tiket berharga:
GOLD – RM588 (Numbered Seating), SILVER – RM308 (Numbered Seating),
BRONZE – RM248 (Numbered Seating), YELLOW – RM408 (Numbered Seating).
RED – RM248 (Free Seating), BLUE – RM188 (Free Seating),
GREEN – RM108 (Free Seating), ORANGE – RM208 (Free Seating),
PURPLE – RM148 (Free Seating)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat