1,772 Kes Baru Covid-19, KL Catat Jangkitan Tertinggi Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 1,772 kes baharu COVID-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media menyatakan jumlah kes positif COVID-19 kini adalah sebanyak 86,618 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,515 kes.

“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 696 kes (39.3 peratus) di mana 567 kes (81.5 peratus) adalah dari Kluster Tapak Bina Damanlela yang melibatkan generasi kelima dan keenam.

“Pelaporan kes kedua tertinggi mengikut negeri ini adalah dari negeri Selangor sebanyak 503 kes (28.4 peratus) dan diikuti dengan Sabah sebanyak 260 kes (14.7 peratus).

“Sebanyak 120 kes (6.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (99 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (15 kes), dan Kluster Bakti (6 kes),” memetik kenyataan itu. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat