Unjuran KDNK Naik 6.5-7.5 Peratus Pada 2021 Berdasarkan Jangkaan Ekonomi Tahun Depan

Wisma Putra Komited Bantu Perkukuh Industri Sawit – Hishammuddin

CYBERJAYA - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berjanji akan memastikan Wisma Putra terus membantu kementerian berkaitan dalam usaha memperkukuhkan industri...

Azmin Bercita-Cita Nak Jadi PM – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan hujah balas menyangkal dakwaan Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk...

KKM Jangka Terima Laporan Kajian Klinikal Vaksin Covid-19 Minggu Depan

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka menerima laporan pertama kajian klinikal fasa ketiga vaksin COVID-19 minggu depan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr...

Pemuda UMNO Serah Memorandum Gesa Kerajaan Henti Penjualan Aset Tabung Haji

PETALING JAYA - Pemuda Umno menyerahkan memorandum kepada tiga menteri sebagai “usaha terakhir” menghentikan penjualan aset TH Plantation Berhad, ketika Laporan Suku Ketiga Tahun...

Bekas Ketua SU Perbendaharaan Sambut Baik Langkah Perkenal Semula GST

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim menyambut baik langkah yang dirancang oleh kerajaan untuk memperkenalkan semula Cukai...

KUALA LUMPUR: Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik kepada 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021 oleh kerajaan adalah anggapan yang dibuat berdasarkan jangkaan pembangunan ekonomi pada tahun depan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata anggapan pertama ialah melihat kepada bila vaksin untuk COVID-19 boleh didapati.

“Kami berpendapat pengkomersialan vaksin akan lebih cepat. InsyaAllah dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan.

“Ekonomi global akan lebih baik dan Malaysia, yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, akan mendapat kesan positif berikutan ekonomi dunia berkembang,” katanya pada sidang media di Bernama, hari ini.

Beliau berkata Malaysia menyaksikan ekonomi yang bertambah baik berikutan permintaan luaran pada suku ketiga tahun ini dan dijangka berterusan hingga tahun depan.

Tengku Zafrul berkata beliau optimis mengenai pertumbuhan ekonomi pada suku keempat yang akan bertambah baik berbanding suku kedua dan suku ketiga tahun ini.

Beliau berkata ini berdasarkan perkembangan yang lebih baik dalam aktiviti eksport dan sektor pembuatan.
Mengenai bantuan kepada golongan M40 dalam Belanjawan 2021, beliau berkata bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, kerajaan telah menaikkan Elaun Mencari Pekerjaan kepada sembilan bulan daripada enam bulan sebelum ini.

Katanya usaha melatih semula dan meningkatkan kemahiran turut diberikan peruntukan kira-kira RM1 bilion untuk kumpulan M40, iaitu pekerjaan dijamin selepas latihan semula selesai.

“Kerajaan turut mengumumkan pengecualian cukai yang dinaikkan kepada RM20,000 dan pengeluaran sebanyak RM500 daripada Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Lestari selama 12 bulan.

“Kumpulan M40 juga boleh memohon lanjutan moratorium pinjaman dengan proses yang lebih mudah apabila mereka hanya perlu membuat pengisytiharan diri tanpa perlu mengemukakan bukti bahawa mereka telah kehilangan pekerjaan atau gaji mereka terjejas.

“Setakat ini, kira-kira 98 peratus permohonan daripada kumpulan M40 telah diluluskan,” katanya.

Bagi mereka yang masih mempunyai pekerjaan, katanya manfaat untuk kumpulan M40 termasuklah penurunan kadar cukai pendapatan sebanyak satu peratus bagi mereka yang berpendapatan RM50,001 hingga RM70,000 dan pengurangan caruman KWSP daripada 11 peratus kepada sembilan peratus.

Katanya ini melibatkan RM9.3 bilion yang akan memberi kecairan tunai kepada ekonomi negara.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Wisma Putra Komited Bantu Perkukuh Industri Sawit – Hishammuddin

CYBERJAYA - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berjanji akan memastikan Wisma Putra terus membantu kementerian berkaitan dalam usaha memperkukuhkan industri...

Bekas Ketua SU Perbendaharaan Sambut Baik Langkah Perkenal Semula GST

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim menyambut baik langkah yang dirancang oleh kerajaan untuk memperkenalkan semula Cukai...

Kutipan cukai untung luar biasa sawit dijangka cecah RM500 juta – Pengerusi MPOB

BANGI:  Kerajaan dijangka memperoleh hasil kutipan cukai untung luar biasa daripada sawit sekitar RM500 juta pada 2021 jika harga minyak sawit mentah (MSM) mencatat...