Salah Pakai Pelitup Muka Kecuali Bergambar

- Advertisement -

Kaherah: Datuk Bandar Nagrig, Maher Shtiyah menegaskan mereka sudah melakukan penjarakan sosial ketika di majlis perkahwinan membabitkan keluarga penyerang Liverpool, Mohamed Salah.

Salah yang menghadiri majlis berkenaan diuji positif Covid-19.

Pemain terbaik Afrika sebanyak dua kali itu terpaksa melakukan kuarantin di Mesir sejak Juaat lalu selepas melakukan ujian ketika menyertai rakan sepasukan skuad negaranya.

Salah menghadiri majlis perkahwinan adiknya di Nagrig dan gambar menunjukkan dia menari dengan pelitup muka diturunkan hingga ke bahagian dagu.

Shtiyah memberitahu media Mesir bahawa tetamu untuk majlis itu hanya dihadkan kepada 60 hingga 70 orang dan membabitkan ahli keluarga sahaja.

“Ada penjarakan sosial. Salah hanya menurunkan pelitup mukanya ketika mengambil gambar. Ketika kami menyapanya, kami hanya mencium di bahagian bahu, bukan mukanya,” kata Shtiyah – Harian Metro

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat