Pesakit Positif Covid-19 Lari Dari Hospital P. Pinang

- Advertisement -

GEORGETOWN – Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai pesakit yang disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini tadi

Sumber berkata, lelaki berusia 23 tahun itu sedang dirawat di hospital berkenaan namun dikesan ‘hilang’ dipercayai melarikan diri dari wad dirawat pada jam 3.20 petang tadi.

Menurut sumber, pakaian terakhir lelaki tersebut ialah baju dan seluar putih.

“Lelaki itu setinggi 165 sentimeter dan berat dalam lingkungan 60 kilogram serta tidak memakai gelang pengawasan berwarna merah jambu selepas meninggalkannya di atas katil di hospital,” katanya ketika dihubungi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, polis sedang giat mengesan lelaki tersebut. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat