ABPBH 33 : Xiaomi terap budaya norma baharu Sponsored content

- Advertisement -

KEHANGATAN malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 tahun ini amat berbeza apabila ia diadakan secara maya tanpa sorakan penonton di lokasi, bagi mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Beberapa pendekatan baharu turut diperkenalkan dalam pengisian acara berpandukan syor Majlis Keselamatan Negara (MKN), termasuk mengehadkan jumlah penyampai anugerah dan lebih penting, tiada elemen sentuhan seperti bersalaman serta memegang trofi antara pemenang dan penyampai anugerah di atas pentas.

Sesuai dengan penerapan norma baharu, trofi diletakkan di atas meja khas di mana pemenang mengambil sendiri piala apabila naik ke pentas sebelum memberi ucapan.

Syarikat elektronik multinasional China, Xiaomi selaku penaja utama ABPBH 33 tahun ini menyifatkan budaya norma baharu ini diterapkan bagi mendidik penonton untuk kekal di rumah, menjaga penjarakan fizikal dan mengamalkan rutin penjagaan kebersihan diri.

Xiaomi melabur dalam pengeluaran telefon pintar, aplikasi mudah alih, komputer riba, perkakas rumah, beg, kasut, elektronik pengguna dan banyak produk lain.

Bagi merasai kehangatan anugerah berprestij berkenaan, penonton hanya perlu menonton ABPBH 33 secara dalam talian di TikTok, YouTube Tonton, TV3, TV9 dan Facebook Berita Harian.

Lebih menyeronokkan, ABPBH 33 boleh ditonton menggunakan telefon pintar terbaharu keluaran Xiaomi, Mi 10T dan Mi 10T Pro.

Presiden Wilayah Xiaomi Asia Tenggara, K M Leong, berkata Mi 10T dan Mi 10T Pro memberikan pengguna untuk merasai ciri premium pada telefon pintar dengan harga berpatutan.

Ini kerana, ia dilengkapi spesifikasi terunggul seperti Qualcomm Snapdragon 865 5G Chipset, kadar segar semula paparan 144Hz dan bateri berkapasiti 5000mAh.

“Mi 10T Pro turut dikuasakan oleh kamera 108 megapiksel yang sentiasa memberikan hasil terbaik untuk pengguna selain fungsi menarik seperti mod Long Exposure, Photo and Video Clone, Vlog mode dan sebagainya; untuk memudahkan pengguna menghasilkan gambar serta video hebat dengan cara yang sangat mudah seperti tagline kami, Kuasai Kreativiti Anda,” katanya ketika sesi temu bual bersama hos karpet merah, Sissy Iman pada malam kemuncak ABPBH 33.

Leong (kiri) bersama Sissy (kanan) ketika sesi temu bual karpet merah di samping Mi Robot Vacuum- Mop pada malam kemuncak ABPBH 33. – FOTO Muhamad Shaifullah Tayep

Ketika temu bual berkenaan juga, kelihatan penampilan robot ikonik Mi Robot Vacuum-Mop yang menarik perhatian jemputan sambil menjalankan tugas membersihkan kawasan karpet merah selepas mengiringi Leong.

Mi Robot Vacuum-Mop adalah robot pembersihan menggabungkan ciri Kecerdasan Buatan Pelbagai Benda (AIoT) yang mempunyai ciri dua dalam satu iaitu menyapu dan mengemop menggunakan kuasa pemetaan pintar serta perancangan laluan pada kadar sedutan 2100Pa yang boleh dikawal menggunakan aplikasi di telefon pintar.

Haqiem (kiri) dan Wany (kanan) memberi ucapan selepas diumumkan pemenang anugerah Penyanyi Lelaki dan Wanita Popular Xiaomi Malaysia. – FOTO TV3 Malaysia

ABPBH 33 turut memperkenalkan anugerah Penyanyi Lelaki dan Wanita Popular Xiaomi Malaysia yang mana masing-masing dirangkul oleh Haqiem Rusli dan Wany Hasrita.

Yonnyboii dan Shalma Eliana mempersembahkan lagu Xiaomi For Me. – FOTO Muhamad Shaifullah Tayep

Selain itu, ABPBH 33 turut dimeriahkan dengan persembahan mantap gandingan Yonnyboii dan Shalma Eliana yang mempersembahkan lagu Xiaomi For Me.

Azlan & The Typewriter, Zynakal, Indah Ruhaila, Aina Abdul, Tomok & Lan Solo, Dolla, Syamel, Zizi Kirana, Faizal Tahir dan ramai lagi penyanyi hebat tanah air juga mengadakan persembahan bagi menghangatkan lagi malam kemuncak ABPBH 33.

Sementara itu, Leong berkongsi Xiaomi tidak akan berhenti meneroka, berinovasi dan membawa teknologi paling inovatif serta produk dengan nisbah harga ke prestasi terbaik kepada semua biarpun selepas tamatnya ABPBH 33.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton dan berharap anda semua terhibur di keselesaan rumah anda masing-masing.

“Ketika pandemik COVID-19 ini, ABPBH 33 adalah satu inisiatif dan platform penting untuk menyeru rakyat Malaysia supaya mematuhi SOP serta duduk di rumah dengan selamat.

“Kami juga berharap rakyat Malaysia sentiasa beringat, jaga diri dan yang tersayang dengan baik, duduk di rumah dan menikmati hiburan yang kami bawa di ABPBH 33,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat