Umno lemah, agama Islam sering dipermain punca adik Zahid masuk Pas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Adik lelaki kepada Presiden Umno, Datuk Hakim Hamidi kini secara rasmi menyertai Pas sekali gus berpaling daripada parti Umno yang diterajui abangnya.

Menjelaskan rasional tindakannya meninggalkan Umno sedangkan beliau adik kepada Timbalan Perdana Menteri Hakim berkata, perubahan Umno yang mendesak beliau untuk angkat kaki.

“Kini keadaan sudah berubah, Umno yang dulu menjaga hak Melayu dan agama Islam dengan tegas, kini semakin lemah. Kekuatan Melayu semakin terhakis, dan agama Islam sering kali dipermainkan oleh individu-individu tertentu.

“Saya melihat Umno sudah tidak lagi seperti zaman saya. Kepercayaan saya pada perjuangan asal Umno mula pudar.

“Inilah yang membuatkan saya kembali kepada akar perjuangan keluarga saya – kembali kepada Pas,” jelas Hakim dalam kenyataan media.

Beliau bahkan yakin hanya PAS yang masih mampu mempertahankan hak Melayu dan kedaulatan Islam di tanah air ini.

“Ini Seperti mana yang pernah disuarakan oleh Tun Abdul Razak pada 1973, apabila Umno dalam masalah, orang Melayu harus bersatu bersama Pas.

“Kita semua perlu sedar bahawa jika kita tidak bersatu mempertahankan hak kita, keadaan akan menjadi semakin parah,” ujarnya lagi.

Oleh itu, beliau menyeru kepada semua supaya bersatu demi mempertahankan kedaulatan Melayu dan agama Islam.

“Kita tidak boleh membiarkan pihak yang mengetepikan hak orang Melayu di luar bandar dan yang tidak menghiraukan masalah rakyat terus memegang kuasa.

“PRU-16 nanti, pastikan kita menolak pihak-pihak yang telah merosakkan nilai-nilai teras negara ini.

“Semoga dengan bersatu, kita mampu mengembalikan kegemilangan Melayu dan Islam di negara kita,” kata Hakim.

Mengulas lanjut berkait penyertaan beliau dalam Pas yang kini blok pembangkang di bawah payung Perikatan Nasional (PN), Hakim berkata keputusan saya menyertai Pas sebenarnya bukan sesuatu yang baru atau tiba-tiba.

“Ia adalah suatu warisan yang saya ambil daripada bapa saya, Hamidi Abdul Fatah. Beliau bukan sekadar seorang guru agama di Maahad Ulum Bagan Datuk, tetapi juga seorang aktivis Pas yang berdedikasi, yang berdakwah dan memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

“Bapa saya turut terlibat dalam mesyuarat Pemuda Pas Malaysia di Bagan Datuk, tempat mesyuarat kedua selepas PAS ditubuhkan.

“Namun begitu, ketika abang saya (Zahid) menyertai Umno, bapa saya memilih untuk bersama Umno juga. Pada masa itu, bapa saya melihat Umno sebagai parti Melayu yang masih komited dalam menjaga agama Islam.

“Walaupun begitu, hatinya masih bersama perjuangan Pas, terbukti dengan langganan akhbar Harakah yang tetap dipegangnya untuk mendapatkan berita alternatif,” ujar Hakim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat