Sukarelawan Politeknik Seberang Perai curah bakti dekati masyarakat

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

TASEK GELUGOR – Tiga tenaga pengajar bersama 22 orang pelajar Politeknik Seberang Perai (PSP) menyertai program ‘Bakti Komuniti ’telah menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan kubur dan Masjid Ar Rahman di Kampung Padang Cempedak, dekat sini pada Sabtu.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam PSP, Siti Hafsah Zainal Abidin berkata, program kesukarelawan ini dianjurkan oleh Unit Kesukarelawan PSP dengan kerjasama Jabatan Mufti Pulau Pinang dan Masjid Ar Rahman Padang Cempedak.

“Pelajar bersama- sama penduduk setempat telah membersih kawasan perkuburan dan juga masjid.

“Program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pelajar PSP untuk berbakti kepada masyarakat kampung, ”katanya.

Dalam pada itu, ceramah khas turut disampaikan oleh Mufti Pulau Pinang, Sohibul Samahah Prof. Madya Dato’ Dr Mohd Sukki Othman.

Antara intipati dalam ceramahnya, Allah SWT memerintahkan kita, menghubungkan apa yang disuruh kita hubungkan dan jangan pisahkan.

Antaranya hubungan kita dengan Allah dan RasulNya, dengan keluarga dan kaum kerabat, dengan jiran dan seluruh masyarakat. Hablum minallah (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan sesama makhluk).

Dr. Mohd Sukki berkata, antara perkara baik dengan menjaga hubungan dengan manusia adalah melalui program kesukarelawan seperti ini.

Bagi Pengerusi Masjid Ar Rahman, Ramli Abd Rahim, beliau mengucapkan syukur dan terima kasih atas peluang kerjasama erat dengan PSP bagi menjayakan program pada kali ini.

“Dalam program ini, kita telah berjaya menambak tanah kawasan kubur, membersihkan semak, kipas, kawasan di luar dan dalam masjid.

“Semoga usaha murni ini akan memberi motivasi kepada para pelajar dalam melakukan aktiviti kesukarelawan dan memakmurkan dan mengimarahkan masjid, ”katanya.

Sementalah itu , pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) PSP, Muhammad Aidill Azril Minhat, 21, berkata, walaupun mempunyai tuntutan lain sebagai pelajar, namum aktiviti kesukarelawanan ini tidak menjejaskan pembelajarannya, malah ia merupakan satu pengisian yang bermanfaat.

“ Selain itu, saya dapat mempraktikkan apa dipelajari di dalam bilik kuliah lantas menyumbang semula kepada masyarakat.

“Saya berharap rakan-rakan lain dapat menyertai aktiviti kesukarewalanan seperti ini kerana ia bukan sahaja memberi pengalaman berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat malahan dapat merasai erti sebenar kehidupan bersama komuniti, ”katanya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat