KUALA LUMPUR: Seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri, tiba di Mahkamah Sesyen di sini, bagi menghadapi tuduhan rasuah berhubung tender projek kementerian bernilai RM5 juta.
Lelaki berusia 49 tahun itu dijangka berdepan beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Terdahulu, beliau yang memakai kemeja coklat dan berseluar hitam, ditemani dua rakannya.
Sumber berkata, lelaki itu dipercayai membantu syarikat kontraktor mendapatkan projek di kementerian berkaitan dan menerima suapan daripada beberapa individu menerusi beberapa transaksi.
Sementara itu, semalam, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali mengesahkan perkara itu.
Beliau turut mengesahkan tiga lagi pegawai kanan agensi di bawah kementerian berkenaan yang disiasat sebelum ini mengenai isu sama, akan turut didakwa dalam masa terdekat kerana menerima rasuah.
-Berita Harian