Jangan cemas lihat pesawat, helikopter TUDM, PACAF di ruang udara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Eksesais COPE TAUFAN 2023 bersama Pacific Air Forces (PACAF) bermula 16 hingga 29 September ini.

TUDM menerusi kenyataan pada pada Jumaat memaklumkan sepanjang tempoh itu, aset TUDM dan PACAF akan melakukan penerbangan taktikal di kawasan yang telah digazetkan sebagai kawasan latihan melibatkan ruang udara di beberapa negeri antaranya Pulau Pinang, Pahang dan Perak.

“Latihan ini bertujuan memperkasakan kesiapsiagaan TUDM dalam mempertahankan kedaulatan negara, meningkatkan tahap saling kendali, perkongsian maklumat, kerjasama serta hubungan dua hala antara kedua-dua angkatan udara.

“Latihan ini akan melibatkan aset udara pelbagai kategori seperti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter,” menurut kenyataan itu.

TUDM sehubungan itu menasihatkan orang ramai agar tidak cemas sekiranya melihat aset-aset berkenaan beroperasi di kawasan latihan sepanjang tempoh eksesais berlangsung. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat