Lega dapat pertahan Selangor, Kerajaan Persekutuan selamat buat masa ini – Kian Ming

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengekalan status quo 3-3 dan Selangor kekal milik PH-BN tidak akan mengubah Kerajaan Persekutuan.

Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming, mengakui PH bernasib baik kerana mampu mempertahan kubunya di Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.

“Lega… nasib baik boleh pertahankan Selangor dan kerana boleh pertahankan Selangor, Kerajaan Persekutuan selamat buat masa ini.

“Seruan untuk tukar kerajaan Persekutuan yang dimainkan Azmin Ali, Faizal Azumu dan Hadi saya rasa itu akan backfire kerana orang Melayu juga tak nak kerap tukar kerajaan ada kesan,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada petang Isnin.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menegaskan, tidak ada sebab Kerajaan Persekutuan ditukar seperti desakan pimpinan PN.

“Saya rasa keputusan ini tidak akan mengubah kerajaan Persekutuan sebab bagi saya tidak ada sebab Kerajaan Persekutuan perlu ditukar dapat 3-3 membawa kepada ketidakstabilan dalam negara kita pegang prinsip apa yang ada ada lah,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat