Sayap Wanita Bawa BN Terbang Tinggi Selama Ini – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Wanita Barisan Nasional (BN) dari parti komponen UMNO, MCA, MIC dan parti Friends of BN yang mewakili masyarakat majmuk Malaysia antara barisan hadapan BN ia sayap yang membawa BN terbang tinggi selama ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malah menyatakan keyakinan sayap itu semakin mantap untuk memastikan kemenangan semula BN.

“Sungguh teruja melihat semangat membara dipamerkan pada Konvensyen Wanita BN di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur semalam. Begitu semangat yang ditonjolkan bermakna tiada ragu lagi BN parti milik rakyat telah bersedia untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Seperti ucapan Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad bahawa Wanita BN telah pun bersedia. Syabas dan hebat! ucap Zahid dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, peranan Wanita BN amat penting buat gabungan politik ini kerana mereka adalah tulang belakang kepada kejayaan BN.

“Sentiasa memainkan peranan bekerja kuat penuh komitmen, membela nasib rakyat, malah gigih membawa transformasi dalam BN.

“Wanita BN srikandi mewarisi agenda membawa penyatuan rakyat pelbagai kaum dan agama di bawah payung besar BN.

“Juga telah membuktikan kesetiaan dan tetap bersama walau apa jua cabaran dan ujian yang dihadapi BN. Terima kasih wanita BN,” kata beliau.

Teruskanlah perjuangan Wanita BN, seru Zahid.

Katanya, sesungguhnya kekuatan wanita terjemah pada ‘tangan yang mengayun buaian dapat menggoncang dunia’.

“PRU-15 adalah matlamat kita bersama demi rakyat dan demi negara. Usah berlengah lagi Wanita BN. Gelombang biru BN terus mara,” ujar Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat