Mimpi-mimpi dan Harta Karun Indonesia

Loji Rawatan Air Pertama Di Malaysia Terima Pensijilan HACCP -Ranhill SAJ

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air Semanggar dan Loji Rawatan Air Sri Gading, di Johor telah menerima pensijilan Sistem Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). Menurut...

Berita Palsu, Tiada Kawalan Rentas Negeri Di Melaka

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Menteri Melaka, menafikan berita yang disebarkan melalui media sosial yang mendakwa seluruh negeri Melaka dikenakan kawalan rentas negeri bermula tengah...

Memahami Kesukaran Zahid

ADA yang menyifatkan UMNO dibawah pimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi cuba bermain politik di tengah-tengah kegawatan Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang lanjutan keputusan...

MB Selangor, CEO Air Selangor didesak lepas jawatan – PSM Selangor

KUALA LUMPUR- Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selangor mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman meletakkan jawatan...

Pertemuan 6 Mata Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

CYBERJAYA - Perbincangan enam mata wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional - UMNO, PAS dan PBBM, sabtu lepas gagal memberi sebarang penyelesaian yang...
Oleh :
Akhyari Hananto

(Artikel sempena ulang tahun kemerdekaan ke-75 Indonesia pada 17 Ogos)

Satu sejarah penting tercipta pada 1 Oktober 1964 di Stesen Kereta Api Tokyo, tempat berlangsungnya majlis pelancaran sistem kereta api terbaharu Jepun dan yang pertama di dunia iaitu kereta api berkelajuan tinggi ‘Tokaido Shinkansen’.

Ini mengejutkan, kerana selain teknologinya yang revolusioner, semua orang mafhum bahawa Jepun belum sepenuhnya sembuh daripada luka Perang Dunia ke-2.

Shinkansen pun menjadi fenomena dunia. Tak terhitung berapa banyak jurutera dari pelbagai negara yang secara khusus belajar mengenai kereta api tersebut, tak terhitung juga berapa banyak para jurutera dan tokoh akademik Jepun menjelajah dunia untuk menyebarkan hal-hal berkaitan Shinkansen.

Kini, 55 tahun lebih beroperasi, Shinkansen sudah mengangkut lebih daripada 10 bilion penumpang, tak pernah sekalipun terjadi kemalangan maut atau kelewatan lebih satu minit. Kereta api juga menjadi salah satu simbol penting bagaimana bangsa Jepun menggapai mimpi menjadi Jepun seperti yang kita kenal sekarang.

Perlu kita fahami, bagaimanapun hebatnya sebuah bangsa, ketika kota-kotanya porak-peranda, ramai pemudanya mati di medan perang, wang negara habis untuk perang, dan dua kota besarnya diratakan bom atom, pasti akan mengalami masa sulit bertahun-tahun. Kepercayaan diri jatuh, pesimisme merebak.

Jepun yang sudah menjadi negara progresif sejak Restorasi Meiji pada tahun 1868, seolah-olah jantungnya berhenti berdetak ketika dua bom atom menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki, dan memaksa bangsa yang penuh semangat dan kebanggaan tersebut menyerah tanpa syarat.

Bangsa Jepun perlu harapan baru, sesuatu yang boleh mengalihkan pola fikir untuk terus melihat ke masa depan. Dan harapan itu muncul dengan ‘kelajuan tinggi.’

Shinkansen diberi jolokan “Superexpress of Dreams”, sesuai dengan peranannya yang mampu memacu Jepun menjadi negara paling maju dan memiliki pelbagai keunggulan kompetitif.

Shinkansen membawa kesan dominan kepada ekonomi, sosial, budaya dan bidang lain, mulai daripada lebih cepatnya waktu perjalanan antara kota, penciptaan lapangan kerja kerana masuknya industri di sepanjang jalur dan destinasi, juga bidang pelancongan.

Indonesia dan pentingnya harapan-harapan baru

Rasanya tidak ada bangsa lain di dunia yang memerlukan pemicu lebih besar dibandingkan Indonesia.

Negara berpenduduk 260 juta jiwa ini adalah sebuah bangsa yang memerlukan pemantik harapan baru.

Negeri kepulauan terbesar di dunia ini sebenarnya memiliki semuanya. Alam yang indah, mineral yang kaya, salah satu negara dengan biodiversiti terbesar di dunia, lautan luas dan jumlah anak muda yang besar.

Namun, Reformasi 1998 yang diharapkan boleh kembali membuat Indonesia berlari dan mengejar ketertinggalan, kini justeru membuat banyak orang Indonesia tertanya-tanya “mengapa kami berjalan begitu lambat?”.

Dalam banyak hal, Indonesia ketinggalan daripada Singapura dan Malaysia, dan bahkan kadang-kadang oleh Thailand.

Meskipun Indonesia juga turut berkembang, namun beberapa negara lain di kawasan juga tumbuh. Dan lebih cepat.

Kini ramai orang Indonesia mulai bimbang, jangan-jangan Vietnam yang tumbuh lebih cepat dari Indonesia beberapa tahun terakhir juga akan meninggalkan Indonesia dalam banyak hal.

Contohnya, pada tahun 2019 lalu, Vietnam sudah melewati Indonesia dalam jumlah pelancong antarabangsa yang berkunjung.

Vietnam juga sudah meninggalkan Indonesia dalam dunia olahraga. Dalam beberapa Sukan SEA, Vietnam selalu berada di atas Indonesia.

Dalam bidang industri dan perdagangan antarabangsa, Vietnam juga sudah berada di atas Indonesia. Meskipun KDNK dan KDNK perkapita Indonesia masih berada di atas Vietnam, dengan keadaan semasa, hanya tinggal menunggu waktu saja “The Land of the Ascending Dragon” itu juga akan menyamai Indonesia.

Itulah kenapa, sebagai negara terbesar di Asia Tenggara dan sudah mempunyai modal dasar dan potensi begitu besar, Indonesia perlu pemicu dan lokomotif harapan untuk berlari di depan.

Ada yang menarik pada tahun-tahun belakangan ini. Dalam pelbagai forum digital anak-anak muda Indonesia, ramai sekali yang tak sabar menunggu jadinya sebuah projek besar Indonesia, yang juga ‘berkelajuan tinggi”.

Salah satunya adalah projek kereta api berkelajuan tinggi yang sudah mula dibangun sejak tahun lalu. Beberapa pembangunan terowong bawah tanah dan stesen juga sudah mulai dibina.

Pemerintah Indonesia sudah memutuskan bahawa kereta api berkelajuan tinggi ini akan diperpanjangkan laluannya, yang awalnya dari Jakarta ke Bandung, kini diteruskan jauh ke timur ke kota terbesar kedua di Indonesia, Surabaya dengan jumlah jarak sekitar 790km, lebih panjang daripada jarak dari Singapura ke Alor Setar.

Berita ini mengejutkan sekaligus menggembirakan ramai pihak, terutama anak-anak muda yang ingin melihat Indonesia setidaknya ‘sejajar’ dengan negara-negara maju. Sejenak melupakan kekalutan di tengah beratnya ekonomi akibat COVID-19.

Di bidang infrastruktur pengangkutan, Indonesia memang sedang berlari cepat. Tahun lepas, sebuah lapangan terbang utama dibangun di Yogyakarta – pusat budaya dan Pendidikan di tengah Pulau Jawa, dengan rekaan dan seni bina yang mengagumkan. Mungkin ramai yang tak menyangka lapangan terbang besar ini dibangun dalam waktu cuma 10 bulan.

Di sisi lain, lapangan terbang terbesar Indonesia, yakni Soekarno-Hatta di Tangerang, kota di sebelah barat Jakarta, menjadi lapangan terbang terbaik ke-2 di Asia Tenggara selepas Changi, dan lapangan terbang terbaik ke-35 di dunia.

Syarikat penerbangan nasional, Garuda Indonesia juga telah menjadi penerbangan komersial 5 bintang dan beberapa kali tersenarai dalam 10 penerbangan terbaik dunia versi Skytrax. Bahkan Garuda dinobatkan sebagai penerbangan komersial nasional paling tepat waktu di dunia oleh Official Airline Guide (OAG).

Jalan tol pun sudah tersambung dari hujung barat ke hujung timur Pulau Jawa, pulau paling padat penduduk di Indonesia, dan hampir menyambung Pulau Sumatera dari Aceh hingga Lampung.

Selain itu lebuh raya yang menghubungkan kota besar Kalimantan dan Sulawesi juga sudah dibangunkan. Indonesia menyasarkan tahun 2024, ia sudah memiliki lebuh raya sepanjang 5,300 km.

Presiden Joko Widodo sendiri sering menyebut pentingnya pemerintahannya membangunkan infrastruktur secara besar-besaran dan pantas.

“Infrastruktur manfaatnya banyak sekali dan dengan itulah kita nanti memiliki asas yang kuat untuk berkompetisi dengan negara lain. Kita masih berada pada posisi di tengah terhadap negara-negara lain dalam Indeks Daya Saing. Kita ingin berada pada posisi di depan,” katanya.

Anak muda dan kembalinya optimisme

Yang tidak disangka adalah projek-projek raksasa yang sedang berjalan di Indonesia ini telah menjadi pemantik optimisme dan harapan baharu.

Penulis sempat menemu ramah Edy Supangat, pengelola beberapa akaun media sosial bertema infrastuktur, dan mengapa dia begitu teruja dengan perkembangan infrastruktur di Indonesia.

Jawabnya sederhana “membangun infrastruktur itu bukan hal mudah, tapi Indonesia mampu menjalankannya. Dengan cepat pula. Jika yang ini saja kita mampu, tentu kita bisa mengatasi tantangan-tantangan besar lain”.

Pada kesempatan lain, Akita Arum, anak muda yang aktif dalam pelbagai kegiatan belia seluruh Indonesia menambah bahawa dia menyedari Indonesia punya banyak kekurangan yang harus diatasi dan banyak ketinggalan yang harus dikejar.

“Tapi kini setidaknya kita (anak-anak muda) tumbuh kepercayaan diri dan optimismenya, bahwa jika kita mau, kita pasti mampu melakukan apapun untuk bisa mengejar bangsa lain. Toh, dalam beberapa hal kita sudah seperti mereka” ujarnya merujuk kepada pembangunan infrastuktur dan penyelenggaraan Asian Games 2018 yang berjaya di Indonesia.

Harta karun Indonesia

Indonesia telah sering melewati pelbagai halangan besar: bencana alam yang bertubi-tubi, pemerintahan kolonial selama berabad, perjuangan berdarah mencapai kemerdekaan, konflik awam dan krisis kewangan Asia 1998 yang menyebabkan kejatuhan kediktatoran dan reformasi sistem politik dan ekonomi negara.

Semua berjaya dilalui. Kini, seperti juga negara-negara lain di seluruh dunia, Indonesia juga mengalami masa-masa yang berat kerana COVID-19.

Kerana pandemik ini, rakyat Indonesia justeru menemukan kembali DNA yang selama ini tak mereka sedari.

Pengalaman lalu menunjukkan bahawa orang Indonesia telah belajar untuk bersatu ketika masa-masa sulit, baik memikul tanggungjawab bersama dan membantu orang lain.

Dalam Legatum Prosperity Index 2019, Indonesia menduduki peringkat kelima di dunia untuk modal sosial, peringkat pertama untuk penyertaan sivik dan sosial serta tertinggi di dunia dalam kerja sukarelawan.

Dalam World Giving Index 2018, Indonesia juga menduduki peringkat teratas dalam kekerapan menderma dan sukarela.

Kini, ‘harta karun’ itu bertambah lagi dengan munculnya optimisme dan kepercayaan diri anak-anak muda Indonesia yang meyakini bahawa kini bangsanya adalah sebuah CAN-DO nation yang boleh mewujudkan mimpi-mimpi rakyatnya, mengejar pelbagai ketertinggalan dan mengatasi pelbagai kesulitan.

Anak-anak muda yang optimis inilah yang akan menjadi pemegang kekuasaan Indonesia, tak lama lagi.

— BERNAMA

Akhyari Hananto merupakan Pengasas dan Ketua Pengarang media dalam talian, Good News From Indonesia (GNFI).

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?

CYBERJAYA- Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan

Nike Tawarkan Diskaun 50% Sempena ‘Energy Week’ Sehingga 25 Oktober 2020

Buat anda peminat jenama Nike dan sering menanti promosi hebat untuk dapatkan barangan Nike, ini adalah peluang keemasan anda. Rugi jika anda terlepas peluang...

Xiaomi Lancar Pengecasan Tanpa Wayar 80W, Mengecas Penuh Bateri Dalam Masa 19 Minit

Xiaomi baru sahaja mengumumkan teknologi pengecasan tanpa wayar 80W yang merupakan pengecasan tanpa wayar terpantas di dunia. Menurut syarikat itu, teknologi tersebut mampu mengecas penuh bateri...

Gambar Dan Spesifikasi Huawei Mate 40 Pro Didedahkan Dengan 50MP Kamera Leica

Huawei akan melancarkan siri smartphone perdana Huawei Mate 40 dalam masa terdekat. Kini, beberapa maklumat mengenai gambar dan spesifikasi telah didedahkan melalui laman Winfuture. Melaului sumber,...