Insomniacks dan Nabila Taqiyyah Bergabung dalam Single “Belum Mulai”

- Advertisement -

Kumpulan band terkenal dari Malaysia, Insomniacks, telah melancarkan single terbaru mereka bertajuk “Belum Mulai” dengan kolaborasi penyanyi berbakat Nabila Taqiyyah. Lagu ini dikeluarkan di bawah naungan Universal Music Indonesia dan Universal Music Malaysia.

Kolaborasi ini menampilkan sisi baru bagi Nabila Taqiyyah sebagai seorang penyanyi dengan alunan muzik berunsur band. Bagi Insomniacks, “Belum Mulai” adalah lagu pertama mereka yang berbahasa Indonesia. Anggota Insomniacks menyatakan kegembiraan mereka, “Rasanya sangat senang dan terhormat. Nabila adalah orang yang menyenangkan untuk diajak berkolaborasi kerana profesionalisme tinggi beliau semasa rakaman dan pembuatan video muzik. Dia sangat berbakat dan dari pertama kali kami mendengar suaranya untuk lagu ini, kami merasa dia menjadi elemen penting dalam lagu ini dan syukur dia bersedia untuk terlibat.”

Nabila turut berkongsi perasaannya, “Pastinya sangat gembira kerana ini adalah kolaborasi pertama saya dan lebih istimewa lagi bersama kumpulan dari Malaysia. Seluruh proses produksi berjalan lancar dan menyenangkan. Saya harap semua pendengar dapat menikmati lagu ini seperti kami menikmati seluruh proses pembuatannya.”

Dalam “Belum Mulai,” Nabila dan Insomniacks bekerja sama dengan Clara Riva dan S/EEK sebagai pencipta lagu. Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang harus merelakan cintanya pergi walaupun cinta tersebut belum bermula. Ia menggambarkan perasaan seseorang yang harus melepaskan orang yang disayangi kerana pelbagai sebab.

Dari segi susunan muzik, lagu ini dimulakan dengan irama pop balada yang sederhana dengan gitar akustik sebagai elemen utama. Unsur rock dengan distorsi ditambah dari tengah hingga akhir lagu, menandakan elemen band masih kuat dalam susunan muziknya.

Video muzik “Belum Mulai” yang dihasilkan oleh Kolmar Films dan diarahkan oleh Ido Aruan, diambil di Yogyakarta. Menggunakan latar belakang kawasan lapang dengan pemandangan pokok-pokok, video ini memberikan kesan visual yang nyaman dan menenangkan.

“Pembuatan video muzik di Yogyakarta sangat mengesankan kerana itu pertama kali kami dapat datang ke sana dan lebih istimewa lagi kerana bersama Nabila,” ujar Insomniacks.

Mereka berharap lagu ini dapat dinikmati oleh para penggemar muzik di Malaysia dan Indonesia. “Mudah-mudahan peminat kami di Malaysia dan juga yang mendengar di Indonesia suka dan gembira dengan lagu ini dan memutarnya berulang-ulang,” kata Insomniacks. Nabila menambah, “Buat kamu yang dapat mengaitkan diri dengan lagu ini, semoga ia menjadi soundtrack untuk menghiasi kehidupan kamu. Semoga semua suka dengan lagunya.”

Single kolaborasi Nabila Taqiyyah dan Insomniacks kini sudah tersedia di semua platform muzik digital. Video muziknya juga telah ditayangkan di saluran YouTube Insomniacks.

Ikuti Insomniacks! Instagram: Insomniacks
TikTok: Insomniacks
Facebook: Insomniacks
Twitter: Insomniacks

Ikuti Nabila Taqiyyah: Instagram: Nabila Taqiyyah
TikTok: Nabila Taqiyyah
YouTube: Nabila Taqiyyah

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat