KUALA LUMPUR – Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) boleh memohon untuk menyertai program Sarjana Muda Pendidikan (PISMP-UEC) mulai 16 Julai, lapor Sin Chew Daily.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon, 20 tempat telah diperuntukkan kepada graduan UEC yang mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2018, 2019 atau 2020.
Menurut Dr Mah Hang Soon perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Dong Zong, Jiao Zong dan juga kumpulan pendidik lain dalam sidang video pada 12 Julai dan menggesa mereka untuk mendorong lebih banyak graduan untuk memohon.
“Berdasarkan catatan pengambilan sebelumnya, jumlah pemohon program PISMP-UEC tidak memenuhi sasaran. Rekod Kementerian Pendidikan menunjukkan daripada 200 tempat yang diperuntukkan secara keseluruhan sepanjang 10 tahun kepas. hanya 55 orang graduan UEC berjaya menyertainya,” katanya.
Lulusan UEC perlu mempunyai minimum enam pujian, termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lulus dalam Sejarah, sebagai syarat kelayakan memohon.
Program PISMP-UEC tetap menjadi satu-satunya cara bagi lulusan UEC untuk menyertai perkhidmatan awam.
Ia diperjuangkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang pernah bertugas sebagai Timbalan Menteri Pendidikan dan dilaksanakan sejak tahun 2011.