Telan Kos RM308 Juta, MP PN Bantah Cadangan Zuraida Adakan Pilihan Raya PBT

Johor Dan Sabah Boleh Jatuh – Naib Presiden PPBM

KUALA LUMPUR: Kemelut politik Menteri Besar yang berlaku di Perak ketika ini kemungkinan juga boleh mengheret ke kancah sama di beberapa negeri lain termasuk...

PAS boleh terima Amanah jika tinggalkan DAP dan Anwar

KUALA LUMPUR – PAS berpendirian sedia menerima Amanah semula sekiranya parti serpihan mereka itu nekad meninggalkan Pakatan Harapan (PH). Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda...

Ahli BERSATU perlu berlapang dada – Ahmad Faizal

IPOH: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan semua ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Perak bertenang dan berlapang dada menerima keputusan Dewan Undangan...

I miss you guys sometimes actually, seriously kata Peja kepada Adun PH

CYBERJAYA: “Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan rakan seperjuangan saya dalam kerajaan Pakatan Harapan.I miss you guys sometimes actually, seriously,” kata Adun Chenderiang,...

Pemuda Pas Sindir UMNO, ucap ‘tahniah’ kepada DAP Perak dan parti sekutu

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS secara sinis menitipkan ucapan tahniah kepada DAP Perak dan parti-parti yang bekerjasama kerana kejayaan mereka menjatuhkan Menteri Besar, Datuk...

KUALA LUMPUR – Beberapa Ahli Parlimen (MP) Perikatan Nasional (PN) membantah hasrat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Noh Omar (PN-Tanjong Karang) kecewa dengan kenyataan Zuraida yang Selangor dan Pulau Pinang akan menjadi negeri percubaan untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT / Pihak Berkuasa Tempatan) kerana Umno dan PAS menolak pelaksanaan itu.

“Tolong lupakan manifesto dari BN dan PH, ayuh tengok ke hadapan dan keputusan yang dibuat perlulah mengambil kira perasaan gabungan yang lain, Umno dan PAS.

“Saya minta maaf pada menteri KPKT, saya amat terguris hati, amat terkejut bila menteri KPKT berikan jawapan semalam, KPKT sejak 2018 masih dalam penyediaan kertas untuk dibentangkan yang disasarkan pada 2021.

“Saya lebih sedih bila menteri katakan Selangor dan Pulau Pinang akan jadi negeri percubaan. Saya tegaskan PAS dan Umno menolak pilihan raya PBT. Ini siapa punya manifesto? Ini manifesto PH,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Noh mahu Zuraida mengumumkan kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin membatalkan hasrat melaksanakan pilihan raya PBT.

“Sekarang ini kerajaan PN kita tidak ada manifesto. Tolonglah supaya kita ini senang di bawah ini. Tidak perlulah bawa kertas cadangan kepada Kabinet, menteri lupakanlah.”

Nik Mohamad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) turut bangun dan membantah pelaksanaan pilihan raya PBT.

“PAS tegas pilihan raya PBT kita akan tolak.”

Alexander Nanta Linggi (PN-Kapit) senada yang Sarawak turut menolak pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan.

“Sarawak tidak mahu,” katanya.

Semalam, Zuraida dilaporkan berkata, kementeriannya menyasarkan usul pilihan raya kerajaan tempatan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada pertengahan 2021.

Beliau berkata, kementeriannya sejak 2018 menyediakan kertas Kabinet dan menubuhkan 2 jawatankuasa berhubung perkara itu.

Katanya, pilihan raya kerajaan tempatan dijangka menelan belanja keseluruhan RM308 juta bagi 154 PBT atau RM2 juta bagi setiap PBT.

Beliau mengesahkan ketika berada dalam Kabinet PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri itu tidak bersetuju dengan cadangan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Johor Dan Sabah Boleh Jatuh – Naib Presiden PPBM

KUALA LUMPUR: Kemelut politik Menteri Besar yang berlaku di Perak ketika ini kemungkinan juga boleh mengheret ke kancah sama di beberapa negeri lain termasuk...

PAS boleh terima Amanah jika tinggalkan DAP dan Anwar

KUALA LUMPUR – PAS berpendirian sedia menerima Amanah semula sekiranya parti serpihan mereka itu nekad meninggalkan Pakatan Harapan (PH). Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda...

I miss you guys sometimes actually, seriously kata Peja kepada Adun PH

CYBERJAYA: “Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan rakan seperjuangan saya dalam kerajaan Pakatan Harapan.I miss you guys sometimes actually, seriously,” kata Adun Chenderiang,...