“Saya Tidak Akan Pertahankan Penyokong Israel” – Akmal Jawab Tun Faisal

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh tampil memberikan maklum balas tegas terhadap persoalan yang dibangkitkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang mempertikaikan pendiriannya dalam isu melibatkan Yusuf Rawther.

Dr. Akmal menegaskan bahawa beliau tidak akan menyokong atau memberikan perhatian kepada individu yang secara terbuka menyokong negara Israel, apatah lagi dalam isu-isu yang melibatkan kezaliman dan hak asasi manusia.

“Simpati tetap simpati… tetapi saya bukan penunggang macam kamu dan kawan-kawan kamu,” kata Dr. Akmal merujuk kepada Tun Faisal.

“Sejujurnya, orang yang menyokong negara Israel ni saya tidak berminat untuk komen dan sokong, sebab beliau tidak layak mendapat perhatian saya bila ada orang menyokong Israel secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dr. Akmal turut menambah bahawa masih ramai individu dan golongan yang lebih layak menerima perhatian serta pembelaan dari pihaknya berbanding Yusuf Rawther.

“Mungkin yang dikatakan kezaliman kepada diri dia, Allah nak tunjukkan kepada Yusuf Rawther bahawa apa yang dialami oleh dia hanyalah 1% sahaja kezaliman yang dirasai oleh saudara kita di bumi Palestin, yang setiap hari selama puluhan tahun dizalimi oleh pihak Zionis laknatullah yang Yusuf Rawther sokong.”

Beliau menzahirkan harapan agar insiden yang menimpa Yusuf Rawther dapat menjadi satu titik perubahan buat aktivis tersebut.

“Moga peristiwa ini boleh membuatkan Yusuf Rawther insaf dan ubah persepsi menyokong negara Israel.”

Kenyataan keras Dr. Akmal ini dilihat sebagai respon langsung kepada kenyataan Tun Faisal yang dilihat mempertikai keengganan Pemuda UMNO untuk membela Yusuf Rawther dalam isu terbaru yang membabitkan beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat