Payung Besar Orang Melayu : “Kuasa Politik Harus Diterjemah Melalui Tindakan, Bukan Retorik” – Razlan

- Advertisement -

SEPUTEH : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menegaskan bahawa kuasa politik yang dimiliki oleh sesebuah parti tidak seharusnya hanya menjadi simbol, tetapi perlu diterjemahkan melalui tindakan konkrit demi manfaat rakyat, khususnya orang Melayu.

“Semua parti memerlukan kuasa, tetapi untuk apa kuasa itu? Kuasa itu mesti diterjemahkan dari sudut tindakan,” tegas beliau. Dalam dua tahun terakhir ini, meskipun UMNO hanya mempunyai sedikit kuasa dalam kabinet, namun ia telah digunakan untuk melaksanakan dasar-dasar yang menguntungkan rakyat Melayu.

Antara langkah utama yang diambil termasuklah pembinaan Tabika KEMAS Pra-Tahfiz yang memberi penekanan kepada pendidikan awal berteraskan agama. Selain itu, beliau turut menyentuh tentang kegagalan 90% calon Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta (APTA dan APTS), dan bagaimana kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara sebagai jalan penyelesaian.

“Ini semua adalah bentuk tindakan yang kita pulangkan kembali kepada orang Melayu,” katanya lagi. Beliau turut menyebut pelaksanaan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) sebagai salah satu inisiatif penting untuk memperkasakan ekonomi orang Melayu.

Menurut beliau, berbeza dengan kerajaan terdahulu yang tidak menggunakan kuasa mereka untuk membela orang Melayu, UMNO telah membuktikan komitmen mereka melalui dasar yang dilaksanakan. “Lima tahun lalu, mereka jadi kerajaan, tetapi tiada satu pun kuasa yang digunakan untuk membantu orang Melayu,” katanya merujuk kepada pentadbiran Pakatan Harapan ketika itu.

Razlan juga membidas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa kononnya menangis demi mendapatkan sokongan Melayu sewaktu menubuhkan Pakatan Harapan untuk menjadi Perdana Menteri.

“Hari ini, dia kata dia menangis kerana tak mahu beri kuasa kepada orang lain. Tapi siapa orang lain itu? UMNO? Bukankah ketika dia menjadi Perdana Menteri dulu, dialah yang memecah-belahkan orang Melayu dan mengukuhkan kuasa melalui perpecahan tersebut?”

Beliau menyeru agar orang Melayu tidak lagi tertipu dengan naratif lama dan sentimen emosional. “Ini bukan dua kali jatuh pada lubang yang sama. Ini sudah berkali-kali,” katanya, mengingatkan rakyat agar tidak mengulangi kesilapan lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat