Tasik Chini Kekal Status Rizab Biosfera Oleh UNESCO- Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Tasik Chini telah berjaya mengekalkan status Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) .

Jelas beliau, keputusan Mesyuarat International Coordinating Council of the 35th Session of the International Coordinating Council of Man and the Biosphere Programme (ICC MAB35) pada 14 Jun 2023 di Paris sangat bermakna bagi kerajaan negeri Pahang dalam mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.

Oleh itu ujar Wan Rosdy, Kerajaan Pahang komited dalam usaha mengekalkan status Rizab Biosfera Tasik Chini di Pekan.

“Tasik Chini telah berjaya mengekalkan status Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menerusi Mesyuarat International Coordinating Council of the 35th Session of the International Coordinating Council of Man and the Biosphere Programme (ICC MAB35) pada 14 Jun 2023 di Paris.

“Tasik Chini merupakan tapak rizab biosfera pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan pada tahun 2009. Kerajaan Negeri Pahang melalui NRECC telah mengemukakan laporan periodic review selepas 10 tahun pengiktirafan untuk penilaian semula oleh Sekretariat UNESCO.

“Delegasi negara ke ICC MAB35 telah diwakili oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Kerajaan Negeri Pahang dan Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO.” kata Wan Rosdy melalui kenyataannya pada Khamis.

Jelas Wan Rosdy lagi, Mesyuarat ICC MAB35 telah memutuskan bahawa periodic review Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, Pahang telah menepati kriteria Statutory Framework of the World Network of Biosphere Reserves (WNBR).

ICC MAB35 membuat keputusan ini berdasarkan kepada syor International Advisory Committee for Biosphere Reserves (IACBR) dengan mengambil kira usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi menambah baik pengurusan Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini. ujar Wan Rosdy.

Antara usaha itu, menurut Wan Rosdy ialah mengemas kini pengezonan bagi mengekalkan fungsi Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini, mewartakan Hutan Simpan Kekal Chini, menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan melaksanakan moratorium terhadap aktiviti perlombongan.

“Keputusan ICC MAB35 ini adalah sangat bermakna kepada Kerajaan Negeri Pahang dalam mengekalkan status Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.

“Kerajaan Negeri Pahang komited dalam usaha mengekalkan status Rizab Biosfera Tasik Chini sebagai tapak biosfera di bawah program Man and the Biosphere.” katanya.

Terdahulu semalam, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan keputusan ICC MAB35 yang berlangsung di Paris, Perancis mengekalkan status Tasik Chini selepas semakan berkala kawasan tapak itu menepati kriteria Kerangka Statutori Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) selain mengambil kira syor IACBR.

Tasik Chini merupakan tapak rizab biosfera pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan pada 2009 dan di Malaysia terdapat dua lagi tapak rizab biosfera iaitu Banjaran Crocker, Sabah dan Bukit Bendera, Pulau Pinang yang masing-masing mendapat pengiktirafan pada 2014 dan 2021.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat