Subsidi Bersasar Tidak Mudah Dilaksanakan – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mahu melaksanakan mekanisme subsidi bersasar termasuk diesel dan petrol RON95 secepat mungkin namun, ia tidak mudah.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau kalau boleh mahu mekanisme subsidi bersasar termasuk diesel dan petrol RON95 dilaksanakan seawal esok hari.

Pun begitu, beliau yang juga Menteri Kewangan mengakui pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar yang mahu dilakukan kerajaan itu adalah tidak mudah.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan sedang berusaha ke arah itu dengan meneliti beberapa cadangan bagi memastikan pelaksanaan subsidi bersasar terbabit bersifat efektif.

“Pelaksanaan tidak mudah…kita berusaha ke arah itu melalui pasukan yang kini sedang meneliti beberapa proposal (cadangan)…kalau siap esoklah (untuk pelaksanaan), tetapi kita masih berusaha.

“Ia sangat rumit…kalau elektrik ok sebab kita boleh kenal pasti rumah atau kilang, tetapi diesel berbeza dan perkara ini kita perlu kaji,” katanya selepas melawat Pusat Penjaja Madani, di Jalan Tunku Abdul Rahman, pada Khamis, lapor BH.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan, sebanyak 35 peratus golongan kaya (T20) menikmati subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) dengan nilai RM17.8 bilion pada tahun lalu.

Sedangkan katanya,bagi kategori B40 pula, sebanyak 24 peratus golongan berkenaan memanfaatkan subsidi terbabit, manakala M40 membabitkan 41 peratus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat