“PM okey saja sebut isu MH17, bukan suruh angkat pistol depan Putin pun” – Pas puji Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pas memuji tindakan berani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memanfaatkan ruang dan peluang mendapatkan penjelasan terus daripada Kerajaan Rusia berkait keputusan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) berhubung insiden pesawat MH17 di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin dalam pertemuan dua hala di Kremlin hari ini.

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan mengapa ‘panglima-panglima’ sekeliling Perdana Menteri yang memiliki ilmu geopolitik tinggi meremehkan gesaan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebelum ini?

“Terima kasih PMX. Sewaktu saya utarakan cadangan agar PMX bercakap soal ini ketika lawatan ke Rusia, saya yakin ia merupakan cadangan yang logik dan munasabah.

“Tetapi kenapa ‘panglima-panglima’ keliling PMX dgn ilmu geopolitik yang tinggi meremehkannya? Kononnya jangan terperangkap bla bla bla bla..

“Nah sekarang, ok je PMX sebut isu ini. Bukan nak suruh angkat pistol depan Putin pun, sebut sahaja, setuju peringkat dasar, kemudian tindakan susulan di peringkat pegawai lah pula.

“Hidup PMX kita! seru Fadli lagi.

Sebelum ini Timbalan AMK Pusat Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, semua pihak digesa agar tidak mengeksploitasi laporan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bahawa Rusia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014.

Kamil berkata, kenyataan daripada kerajaan Belanda dan Australia mengenai perkara itu secara kebetulan dikeluarkan malam semalam, sejurus sebelum lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia hari ini, yang sudah lama dirancang.

“Apa yang penting adalah laporan tersebut tidak seharusnya dieksploitasi dan ditunggang oleh pihak-pihak yang picisan dan dangkal isu.

“Jangan kita mudah terheret dengan permainan kuasa-kuasa besar dengan membantu menghalakan peluru musuh ke arah kita.

“Mempolitikkan tragedi MH17 adalah tingkat paling bawah untuk membenih dan mengaut laba politik murahan,” katanya mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari yang mahukan Perdana Menteri tidak mendiamkan diri berhubung isu itu ketika kunjungannya ke Rusia.

Tegas Kamil, mempolitikkan tragedi MH17 adalah tingkat paling bawah untuk mengaut laba politik murahan, apatah lagi ketika Malaysia terus mendukung segala usaha bagi menegakkan keadilan buat mangsa dan waris tragedi MH17.

Tambahnya lagi, kunjungan rasmi ke Rusia ini pasti akan membuahkan hasil yang memberi manfaat kepada negara dan rakyat, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai negara yang tegas, bermaruah dan berwibawa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat