64 warga asing cuba guna dokumen palsu di KLIA dihalang masuk Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seramai 64 warganegara asing telah dihalang daripada memasuki Malaysia dan akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing hasil satu operasi pemantauan berkala oleh Unit Pemantau Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di Sepang, semalam.

AKPS dalam kenyataan memaklumkan, mereka yang ditahan terdiri daripada 57 lelaki dewasa warganegara Bangladesh, 5
lelaki dewasa warganegara India, dan 2 lelaki dewasa warganegara Pakistan.

“Dalam operasi tersebut, pemeriksaan rambang telah dilakukan ke atas 330 warganegara asing dari pelbagai negara.

“Tumpuan diberikan kepada individu yang berkelakuan mencurigakan dan berlegar-legar di sekitar balai ketibaan tanpa terus ke
kaunter pemeriksaan imigresen.

“Hasil siasatan lanjut di Pejabat Operasi mendapati kesemua 64 individu tersebut tidak memenuhi syarat kemasukan. Beberapa daripada mereka turut dikesan menggunakan taktik penipuan bagi mengaburi pihak berkuasa, termasuklah penggunaan dokumen palsu seperti tempahan hotel yang tidak sah serta tiket penerbangan pulang yang tidak wujud atau direka,” katanya..

Pemantauan ini dilaksanakan selaras dengan Tatacara Kerja Piawai (ATKPI), Arahan Pentadbiran, dan arahan semasa bagi memastikan keselamatan serta kawalan sempadan berada pada tahap tertinggi.

“AKPS menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh usaha dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan sempadan negara sentiasa terpelihara daripada sebarang unsur pencerobohan, penipuan mahupun ancaman lain,” menurut kenyataan itu lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat