Najib Luah Penghargaan Dibenarkan Hadir Pengebumian Tun Abdullah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR  – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan penghargaan kepada pihak Mahkamah, kepimpinan kerajaan serta Jabatan Penjara Malaysia atas keizinan yang diberikan untuk beliau menziarahi jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pagi tadi.

Dalam satu hantaran di media sosial, Najib menyatakan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri kelima itu, yang kembali ke rahmatullah semalam.

“Penghargaan kepada Mahkamah atas pelepasan, dan kepimpinan kerajaan serta Jabatan Penjara atas keizinan yang diberikan pagi tadi. Menziarahi keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Al-Fatihah,” tulisnya ringkas.

Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara, diberikan kebenaran khas untuk menghadiri majlis penghormatan jenazah Tun Abdullah, sebagai tanda hormat terhadap pemimpin yang pernah menerajui negara dari 2003 hingga 2009.

Tun Abdullah, yang lebih mesra dikenali sebagai “Pak Lah”, dikenang sebagai seorang pemimpin yang berhemah tinggi, tenang serta mendukung pendekatan kesederhanaan dalam pentadbiran negara. Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat