Najib dibenar ke Masjid Negara beri penghormatan terakhir kepada Pak Lah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dibenarkan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sedang membicarakan kes 1MDB Najib Razak membenarkan bekas perdana menteri itu memberi penghormatan terakhir kepada Abdullah Ahmad Badawi.

Mahkamah menangguhkan perbicaraan kira-kira 9.50 pagi untuk membenarkan Najib ke Masjid Negara, di mana jenazah Allahyarham ditempatkan.

Terdahulu, peguam Tan Sri Shafee Abdullah yang mewakili Najib memaklumkan Hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa Jabatan Penjara memberi kebenaran kepada Najib untuk memberi penghormatan terakhir kepada Abdullah

Najib dilantik timbalan perdana menteri kepada Abdullah dari 2004 hingga 2009.

Beliau kemudiannya menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Menurut Jabatan Perdana Menteri, orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abdullah di Dewan Solat Utama Masjid Negara mulai 11 pagi hingga 1 tengah hari.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara hari ini.

Abdullah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun.

Prosiding Najib akan bersambung esok.

Semalam menantu Allahyarham Abdullah, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan orang ramai yang ingin melakukan penghormatan terakhir ke atas jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh berbuat demikian seawal jam 10 pagi ini di Dewan Solat Masjid Negara.

Menurut Khairy, jenazah Allahyarham bapa mertuanya telah selesai dimandi dan dikafankan oleh pihak pengurusan Masjid Negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat