Ahli Parlimen Raub dan Pengerusi Samka Dibebaskan, Tegaskan Hasrat Bincang Secara Adil

- Advertisement -

KUANTAN – Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Wilson Chang, telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Penahanan mereka dikaitkan dengan tindakan membela pekebun durian di Raub yang terkesan akibat operasi penebangan pokok oleh kerajaan negeri Pahang.

Dalam satu kenyataan media, Chow yang juga Penasihat Samka menyatakan bahawa tindakan mereka bertujuan untuk mempertahankan suara pekebun yang telah lama berusaha mendapatkan hak ke atas tanah yang diusahakan.

“Sejak lima hingga enam dekad lalu, mereka telah berusaha memohon geran tanah dan permit penanaman sementara. Kini sekalipun wujud campur tangan syarikat besar, asalkan pekebun dilayan dengan adil, kami sedia berbincang dan bekerjasama,” katanya.

Chow turut melahirkan kekecewaan terhadap tindakan penebangan pokok durian yang disifatkan menjejaskan titik peluh pekebun.

“Kami para pekebun mematuhi undang-undang tetapi ada pihak yang terang-terangan melanggar perintah mahkamah, terus menebang pokok dan memusnahkan titik peluh para pekebun. Ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Kami sentiasa terbuka untuk berbincang dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan tetapi mestilah atas asas keadilan dan saling menghormati,” ujarnya.

Menurut beliau, sebarang bentuk kerjasama dengan kerajaan atau konsortium tidak membawa makna jika pendekatan yang diambil hanya mementingkan keuntungan tanpa mengendahkan hak pekebun.

Operasi penguatkuasaan yang mencetuskan kontroversi itu dilaksanakan pada 8 April lalu di Sungai Klau, Raub, di mana kira-kira 200 pokok durian Musang King ditebang oleh pihak berkuasa termasuk polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP). Operasi tersebut dijangka diteruskan sehingga 3 Mei ini.

Kerajaan negeri Pahang menegaskan tindakan dilakukan di kawasan yang diteroka tanpa kebenaran dan menafikan sebarang pelanggaran terhadap perintah mahkamah.


author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat