Lawrence Wong dilantik PM Singapura bermula 15 Mei – Lee Hsien Loong

- Advertisement -

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan menyerahkan jawatannya kepada Timbalannya, Lawrence Wong pada bulan depan.

“Saya akan menyerahkan jawatan saya sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei 2024 dan Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang seterusnya pada hari sama,” kata Lee menerusi ciapan di media sosial pada Isnin.

“Saya meminta semua rakyat Singapura memberi sokongan penuh kepada Lawrence dan pasukannya untuk mencipta masa depan yang lebih cerah kepada Singapura,” tambahnya.

Wong, 51 yang juga Menteri Kewangan telah mendapat sokongan Anggota Parlimen (AP) yang sebulat suara memilih beliau sebagai calon paling sesuai mendukung jawatan Perdana Menteri keempat dan menerajui pasukan pemimpin generasi keempat (4G).

“Saya menerima tanggungjawab ini dengan rendah diri dan rasa tanggungjawab yang mendalam.

“Saya juga berikrar untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda,” kata Wong menerusi ciapan di media sosial.

Ahli Ekonomi yang pernah mendapat pendidikan di Amerika Syarikat dilihat bijak menangani krisis Covid-19 dengan berkesan apabila beliau menyertai pasukan petugas pandemik kerajaan.

Wong akan menjadi Perdana Menteri Singapura keempat selepas Lee; Goh Chok Tong (1990) dan Lee Kuan Yew (1959). – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat