Fahmi nafi wang royalti berbilion ringgit masuk ke akaun PKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menafikan berbilion ringgit wang royalti untuk Kelantan dan Terengganu masuk ke dalam akaun parti itu.

Tegasnya, akaun parti akan diaudit oleh juruaudit bertauliah dan dilaporkan setiap kali berlangsung Kongres PKR.

Beliau mengulas tindakan seorang individu yang menggunakan nama Sabrizan Salleh yang telah memuatnaik hantaran di Facebook Jabatan Netizen Negara (Official) yang menulis ” Patutlah negeri kelantan dan Terengganu tak dapat royalti rupanya pmx anwar ibrahim ambil duit royalti ini masuk ke acc parti PKR…Berbilion-bilion ringgit”.

“Ada individu memuat naik hantaran palsu dan fitnah dan menjijikkan.

“KEADILAN menerbitkan akaun setiap kali KONGRES diadakan. Dan akaun berkenaan diaudit oleh juruaudit bertauliah.

“Tidak pernah ada jumlah seperti yang dituduh itu masuk ke dalam akaun KEADILAN,” kata Fahmi menerusi catatan Facebooknya, pada Ahad.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi juga telah mengarahkan supaya laporan polis dan aduan MCMC dibuat segera terhadap individu yang menyebar fitnah jahat ini.-SUARATV

May be an image of text that says "JABATAN NETIZEN NEGARA (OFFICIAL) Sabrizan Salleh 1d Patutlah negeri Kelantan dan Terengganu tak dapat royalti rupanya pmx anwar Ibrahim ambil duit royalti ni masuk ke acc parti PKR.. Berbilion-bilion ringgit"

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat