KKM Kesan Dua Lagi Kes Covid-19 Varian UK B.1.17

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengesan pertambahan dua kes Covid-19 varian UK B.1.17 yang menjadikan keseluruhan lima kes di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes keempat dan kelima itu melibatkan pengembara warga Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Poland pada Mac lepas.

Katanya, mereka yang kini diberikan rawatan didapati positif pada 30 Mac lalu.

“Analisis filogenetik menunjukkan kes keempat yang dijangkiti dengan varian UK B.1.1.7 mempunyai persamaan ketara dengan varian dari Poland dan mempunyai kebarangkalian tinggi bahawa kes itu mendapat jangkitan ketika berada di negara terbabit.

“Bagaimanapun punca jangkitan bagi kes kelima pula tidak dapat ditentukan kerana analisis menunjukkan perbezaan bagi varian yang menjangkiti kes itu. Ini juga menunjukkan kedua-dua kes ini mendapat jangkitan melalui sumber yang berlainan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, varian UK B.1.1.7 dan varian South African B.1.351 yang dikesan boleh menular dengan mudah dan cepat walaupun banyak kajian saintifik masih berjalan untuk mengkaji gejala dan kesan jangkitan varian.

Semalam beliau memberitahu, sebanyak 17 kes positif Covid-19 jangkitan tempatan yang dikenal pasti dijangkiti dengan varian South African B.1.351 di Malaysia.

Varian terbabit ditemukan pada dua kakitangan syarikat yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Kluster Jalan Lima serta satu kes masing-masing dari Kluster Kebun baru dan saringan kontak rapat.

Susulan pengesanan varian itu, ia dikesan dalam Kluster Jalan Lima dengan tiga kes, Kluster Kebun Baru dikesan sembilan kes dan Kluster Teknologi Emas pula, satu kes manakala saringan kontak rapat, empat kes. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat