2,148 Jangkitan Baru Covid, 10 Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jumlah kes harian dalam negara terus mencatatkan peningkatan dengan 2,148 lagi individu disahkan positif COVID-19 pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,259 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah sebanyak 349,039 kes.

“Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 512 kes (23.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 420 kes (82.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 459 kes (21.4 peratus) dan Kelantan sebanyak 221 kes (10.3 peratus).

“Sebanyak 57 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Telok Mas (45 kes) dan Kluster Penjara Jalan Harapan (12 kes),” katanya dalam kenyataan media harian berkaitan COVID-19.

Beliau juga memaklumkan terdapat 10 kes kematian pada Khamis yang melibatkan masing-masing tiga kes di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kes di Sarawak, dan masing-masing satu kes di Johor dan Sabah.

“Sebanyak sembilan kes melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara,” katanya lagi.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan, terdapat 15 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan sembilan kluster tempat kerja dan enam kluster komuniti. – Awani

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat