Trump Sekat Peruntukkan Kepada WHO

- Advertisement -

AMERIKA SYARIKAT: Selepas dikritik hebat kerana gagal menyekat penularan wabak COVID-19 di negara sendiri, Presiden Donald Trump membuat keputusan untuk menyekat peruntukkan kepada Badan Kesihatan Dunia (WHO), lapor Sky News.

Negara itu antara penyumbang utama untuk WHO dengan lebih USD122 juta telah diluluskan kongres untuk disalurkan kepada badan dunia tersebut.

Keputusan ini menurut Trump atas kegagalan badan dunia itu melaksanakan tugas asasnya dalam menangani pandemik ini dan dengan itu, mesti dipertanggungjawabkan.

Beliau juga menyalahkan badan dunia itu atas penyebaran maklumat salah mengenai virus tersebut yang menurutnya datang dari China sewaktu wabak tersebut mula merebak di Wuhan.

Trump berkata penyebaran virus tersebut boleh di sekat jika lebih kajian dibuat (dari sekadar menerima sahaja) laporan dari China.

Amerika Syarikat bagaimanapun kata Trump, akan terus bekerjasama dengan WHO untuk meneruskan apa yang dikatakannya sebagai pembaharuan yang bermakna.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat