Kuala Lumpur – Satu lagi daerah iaitu Muar di Johor dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 27 kawasan setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).
Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah Muar merekodkan 44 kes positif COVID-19.
Sementara itu, Lembah Pantai di Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif COVID-19 iaitu sebanyak 572 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor, masing-masing merekodkan 433 dan 359 kes.
Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.
Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,299 kes.
Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain seluruh Malaysia:
Perak | KES |
Hilir Perak | 65 |
Kinta | 93 |
Selangor | |
Sepang | 67 |
Petaling | 359 |
Hulu Langat | 433 |
Gombak | 141 |
Klang | 167 |
Hulu Selangor | 49 |
Kuala Lumpur | |
Cheras | 74 |
Kepong | 131 |
Lembah Pantai | 572 |
Titiwangsa | 122 |
Putrajaya | 54 |
Negeri Sembilan | |
Seremban | 261 |
Rembau | 53 |
Melaka | |
Jasin | 68 |
Melaka Tengah | 51 |
Pahang | |
Kuantan | 91 |
Jerantut | 70 |
Johor | |
Batu Pahat | 51 |
Kluang | 201 |
Johor Bharu | 184 |
Muar | 44 |
Kelantan | |
Kota Bharu | 90 |
Sarawak | |
Kuching | 240 |
Kota Samarahan | 51 |
Sabah | |
Tawau | 79 |
JUMLAH | 3,861 |
-Bernama