Menteri Agama Wahabi, Langgar PKP Kata Aswaja

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Zamihan Mat Zin mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melanggar arahan Perintah Arahan Pergerakan (PKP).

Zamihan melalui satu status di laman Facebook berkata turut menyifatkan bekas mufti Wilayah Persekutuan itu sebagai pengikut fahaman Wahabi.

“Lebai Wahhab (Wahabi) langgar PKP. Hanya Pak Wahhab je yang memanggil anak-anaknya datang bermesyuarat secara strategik di musim PKP.

“Walaupun melanggar arahan PKP dan SOPnya, Pak Wahhab dan Lebai Salaf tetap kebal kerana sudah mencapai makam Imam Maksum.

“Undang-undang negara seakan hanya untuk rakyat marhaen sahaja,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Melalui status yang sama, Zamihan turut memuatnaik gambar perjumpaan Zulkifli bersama beberapa orang tokoh agama yang diadakan semalam.

Zulkifli sebelum ini memaklumkan mengadakan perjumpaan bersama beberapa ilmuan hadis di negara ini.

Menurut Zulkifli perjumpaan tersebut bertujuan untuk menerbitkan terjemahan lengkap Kutub al-Sittah (Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Nasa’i, Sunan Abu Daud, Jami’ al-Tirmizi dan Sunan Ibn Majah) dalam bahasa Melayu.

Zamihan sebelum ini turut mempertikaikan keputusan kerajaan berhubung larangan solat jumaat dan berjemaah sebagai ‘fatwa pelik bin ajaib’. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat