Dua Lelaki Langgar PKP, Cuba Rasuah Polis RM5,000 Ditahan

- Advertisement -

CHUKAI – Polis menahan dua lelaki, yang bukan sahaja melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi disyaki turut menjalankan aktiviti mengedar dadah.

Malah, kedua-dua lelaki berusia 51 dan 46 tahun itu cuba pula memberi rasuah RM5,000 kepada anggota polis bagi melepaskan mereka.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian 12.45 tengah hari tadi, kedua-dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal itu cuba mengelak daripada sekatan jalan raya di persimpangan Plaza Tol Chukai, Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) dengan berpatah balik ke arah Felda Seberang Tayor di sini.

Beliau berkata polis yang melihat kejadian itu kemudian mengesan suspek sebelum berjaya menahan kedua-dua mereka kira-kira tujuh kilometer daripada lokasi sekatan jalan raya berkenaan.

“Polis berjaya merampas dadah disyaki heroin, syabu dan pil kuda bernilai RM12,000 dan wang tunai berjumlah RM5,096,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu dalam kejadian berasingan di Kepala Batas, Pulau Pinang, empat lelaki sanggup terjun ke dalam paya yang penuh selut bagi mengelak ditahan kerana ingkar PKP dalam Op COVID-19 di Teluk Malas, Penaga.

Dalam operasi pukul 2.00 petang tadi, empat lelaki berusia 40 hingga 66 tahun itu pada mulanya dilihat duduk berbual di sebuah bangsal, sebelum bertempiran lari selepas melihat kenderaan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata selepas ditahan, mereka memberikan alasan baru sahaja datang ke bangsal itu untuk berjumpa rakan selepas selesai turun ke laut, namun pemeriksaan yang dilakukan di situ menemui dua botol air ketum serta beberapa cawan.

Beliau berkata dalam operasi sama, polis turut mengenakan kompaun RM1,000 terhadap dua lelaki berusia 22 tahun yang sedang melepak di tepi laut tidak jauh dari bangsal berkenaan dengan memberi alasan panas duduk di rumah dan mahu mengambil angin di situ.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat