Dari Pencuci Tandas Ke Usahawan Berjaya, Rosyam Kongsi Rahsia

- Advertisement -

SELEBRITI dan usahawan berjaya, Datuk Rosyam Nor, Ketika mengadakan sesi InstaLive bersama Ketua Pemuda UMNO Seputih, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin malam tadi, berkongsi beberapa tips untuk menjadi usahawan berjaya, terutama untuk golongan muda bumiputera.

Beliau yang sebelum ini memang terkenal sebagai pelakon, pengarah dan penerbit filem/drama popular, telah mula menceburkan diri dalam bidang peruncitan sejak pertengahan tahun 2018 melalui penubuhan syarikat ST Rosyam Mart yang setakat ini mempunyai sebuah pasaraya di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Beliau bercadang untuk menambah beberapa rangkaian pasaraya lagi menggunakan jenama yang sama.

Memulakan kerjaya sebagai pelakon tambahan dalam filem Gila-Gila Remaja di dekad 80-an, Rosyam sanggup bekerja sebagai pencuci tandas di sebuah syarikat produksi filem, demi mendekatkan dirinya kepada dunia lakonan.

Dari situ, Rosyam mendaki setapak demi setapak sehingga berjaya menjawat jawatan Penerbit Eksekutif – hanya satu tangga bawah dari jawatan nombor satu di syarikat berkenaan.

Dalam usaha untuk mempelbagaikan kebolehan dalam bidang perniagaan, Rosyam berkenalan dengan pemilik syarikat Sri Ternak Group yang dikenali sebagai Datuk Raymond. Dari situ, Rosyam mendapat peluang untuk masuk ke dalam bidang peruncitan dengan kewujudan ST Rosyam Mart dimana beliau menjadi rakan kongsi bersama.

Antara tips yang dikongsikan Rosyam semasa menjawab soalan Datuk Nazir dalam sesi tersebut ialah:-

MOTIVASI
Tidak kira apa saiz perniagaan yang dijalankan, sama ada kecil atau besar, usahawan tidak boleh berasa rendah diri. Perniagaan besar atau kecil mempunyai cabaran yang tersendiri mengikut skala bidang masing-masing.

KEBOLEHAN
Apa pun perniagaan yang hendak dijalankan, mestilah berdasarkan keupayaan setiap individu. Tanya diri, apa yang aku pandai, minat dan boleh buat, kemudian cari cara untuk kembangkan dalam dunia perniagaan.

PENJENAMAAN (BRANDING)
Penjanamaan menurut Rosyam sangat penting. Beliau mungkin ada kelebihan kerana memang sudah ada nama dalam bidang lakonan, tapi bagi yang tidak ada kelebihan seperti itu, beberapa strategi boleh digunakan. Antaranya penggunaan media sosial, pemilihan lokasi perniagaan dan usaha yang berterusan. Ini termasuk menggunakan kaedah lama pengiklanan seperti mengedarkan lembar iklan dari rumah ke rumah yng menurutnya masih relevan di sebalik era digital sekarang.

KUALITI
Kualiti barangan dan perkhidmatan kata Rosyam, adalah sangat penting. Kualiti ini termasuklah cara pembungkusan, saiz yang konsisten dan lain-lain. Produk tersebut juga mestilah mempunyai daya saing di pasaran.

RISIKO
Rosyam mengakui, syarikatnya tidak akan membeli dalam jumlah yang besar untuk produk baru yang ingin mendapat ruang dalam pasaraya miliknya. Tujuannya ialah untuk melihat keadaan pasaran dan jika permintaan meningkat, jumlah pesanan juga akan dinaikkan secara berkala. Justeru sesiapa yang ingin menjadi pembekal kepada pasarayanya, perlu menerima risiko ini.

RANTAIAN BEKALAN
Jika berjaya, pembekal perlullah memastikan bekalan sentiasa cukup untuk memenuhi permintaan di pasarayanya kata Rosyam. Jika tidak, ia boleh mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan pelanggan dan boleh memberikan imej tidak baik kepada perniagaan.

Rosyam turut menyebut bahawa pencapaian akademik semata-mata bukan penentuan untuk berjaya dalam hidup. Tak semua orang katanya ada kelebihan dalam bidang akademik, potensi itu mungkin ada dalam bidang lain seperti kreativiti dan teknikal. Menjadikan dirinya sebagai contoh, sekalipun hanya berpendidikan setakat SPM, tapi beliau mampu berjaya sehingga ke peringkat hari ini kerana berusaha untuk memajukan diri.

Yang paling utama di antara semua ini kata Rosyam, adalah kecintaan kepada Allah swt. Apa pun yang dilakukan tidak boleh membelakangkan agama, InsyaAllah akan berjaya.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat