Provident Banc Berhad perkukuh hubungan komuniti dengan program CSR Ramadan

- Advertisement -

Cyberjaya – Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Provident Banc Berhad (PBB) memperkukuh hubungan komuniti melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyantuni warga emas dan keluarga mereka. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, tetapi juga untuk memupuk semangat perpaduan dan keprihatinan dalam masyarakat.

Dalam usaha ini, PBB telah menyumbangkan pek makanan asas kepada 150 warga emas di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Paya Jaras, termasuk pek beras, minuman kordial, dan kurma premium. Pengarah Urusan PBB, Encik Ravin Raghu Warren, menyatakan bahawa program ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk terus menyokong masyarakat melalui bantuan yang bermakna.

Di Provident Banc Berhad, kami percaya bahawa bulan Ramadan adalah masa untuk bermuhasabah, berkongsi rezeki, dan memperkukuh perpaduan. Kami berbesar hati dapat menyantuni warga emas dan keluarga mereka dengan memberikan bantuan keperluan asas serta meluangkan masa bersama mereka. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memberi impak positif kepada masyarakat,” katanya.

Bukan hanya tertumpu di Paya Jaras, PBB turut merancang untuk mengembangkan program CSR ini ke lima lokasi lain di Lembah Klang, termasuk kawasan sekitar surau dan masjid bagi memastikan lebih ramai masyarakat mendapat manfaat. Sasaran keseluruhan penerima bantuan tahun ini adalah antara 500 hingga 1,000 orang, termasuk golongan asnaf, anak yatim, dan individu kurang upaya.

Selain daripada sumbangan makanan, PBB juga akan menyediakan bantuan dalam bentuk keperluan asas lain. Tahun lalu, PBB telah menyumbangkan enam buah kerusi roda kepada individu kurang upaya melalui kerjasama dengan PDRM Shah Alam. Tahun ini, pihaknya menyasarkan untuk menambah jumlah sumbangan kepada 30 buah kerusi roda bagi membantu lebih ramai yang memerlukan.

Kami juga dalam perancangan untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi memperluaskan lagi program CSR kami pada masa hadapan. Tahun lalu, sempena Deepavali, kami telah menjalankan inisiatif yang sama di lima lokasi berbeza untuk komuniti India. Kali ini, sempena Ramadan, kami ingin meneruskan usaha yang sama dengan menyantuni lebih ramai penerima bantuan,” tambah Encik Ravin Raghu Warren.

Pada masa akan datang, PBB berhasrat untuk merevolusikan sektor pembiayaan penjawat awam dengan memperkenalkan pembiayaan peribadi patuh Syariah khas untuk penjawat awam yang berkelayakan.

Melalui program CSR yang berterusan, PBB bukan sahaja berusaha untuk memberikan penyelesaian kewangan tetapi juga ingin memainkan peranan aktif dalam membangun dan menyokong komuniti. Dengan pelbagai inisiatif seperti bantuan makanan, sumbangan keperluan asas, dan sokongan kepada golongan kurang berkemampuan, PBB berharap dapat terus membawa perubahan positif kepada masyarakat.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat