JPNPk beku permit rekreasi di empat Hutan Simpan Kekal

- Advertisement -

IPOH – Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) membekukan permit memasuki Hutan Simpan Kekal (HSK) bagi tujuan rekreasi lain antaranya bagi aktiviti kembara menggunakan pacuan empat roda (4WD) serta memancing selama tiga bulan bagi empat HSK di daerah Hulu Perak.

Pengarahnya Datuk Mohd Sabri Abdul Manaf berkata, tempoh pembekuan itu dilaksanakan tiga bulan berkuat kuasa serta-merta sehingga 15 Jun depan bagi tujuan penguatkuasaan dan kawalan terhadap sumber hutan.

HSK terbabit adalah Hutan Simpan Amanjaya, Hutan Simpan Banding, Hutan Simpan Temengor dan Hutan Simpan Gerik.

“Semua pemberian permit memasuki HSK bagi tujuan rekreasi lain (aktiviti 4×4/4WD, motorcross, basikal lasak, memancing, dan lain-lain).

“Sebarang ketidakpatuhan terhadap arahan ini adalah di atas risiko sendiri dan boleh disabitkan mengikut Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985,” katanya menerusi satu notis yang dikeluarkan di Facebook rasmi jabatan itu, hari ini.

Difahamkan, semua kelulusan yang diberikan berhubung permit yang sudah diberikan sebelum ini, dibatalkan serta-merta dengan tiada kelulusan baharu diberikan kepada pemohon dalam tempoh pembekuan itu.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang tular di media sosial apabila didakwa mengebom atau merenjat elektrik ikan termasuk ikan kelah iaitu spesis ikan dilindungi yang dikatakan berlaku di Sungai Singor, dalam kawasan Hutan Simpan Temengor, Gerik di Hulu Perak.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh sekumpulan individu yang sedang melakukan aktiviti berkaitan pacuan empat roda di kawasan hutan simpan itu hingga membangkitkan kemarahan orang ramai. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat