Pemuda Umno Titiwangsa Buat Pemilihan Semula 25 Mac Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemilihan semula jawatan Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa bakal diadakan semula pada 25 Mac ini susulan kes curi kertas undi yang berlaku hujung minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno 2023, Tan Sri Shahrir Samad dalam satu surat rasmi Umno menetapkan, mesyuarat dan pemilihan semula Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa pada 25 Mac ini dengan tiga ketetapan baharu.

“Jawatankuasa Pemilihan Umno 2023 telah menerima surat rayuan daripada Pemuda Umno Titiwngsa pada 14 Mac memohon pindaan tarikh mesyuarat dan pemilihan semula perwakilan Pemuda Umno dilaksanakan pada 25 Mac akan datang.

“Setelah meneliti rayuan yang telah diterima, Jawatankuasa Pemilihan Umno 2023 tiada halangan untuk dilaksanakan semula pada 25 Mac dengan keadaan di mana Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa tidak menghantar wakil 10 daripada Pemuda Bahagian berkenaan ke Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Titiwangsa yang akan diadakan pada 18 Mac 2023,” jelas Shahrir dalam surat pada Rabu.

Sementara itu, Shahrir juga menyatakan tiga ketetapan iaitu ia dikendalikan oleh Ibu Pejabat Umno, Ibu Pejabat Pemuda Umno dan Jawatankuasa Pemilihan Umno Wilayah Persekutuan.

Selain itu, katanya pemilihan semula hanya melibatkan pemilihan di peringkat Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa sahaja dan tidak melibatkan pemilihan Pemuda Umno peringkat Pusat dan juga jemputan kepada Perwakilan Pemuda dilakukan oleh Umno Bahagian Titiwangsa dan Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa.

Suara.TV pada Ahad lalu melaporkan, berlaku kekecohan dan bantahan dalam pemilihan Jawatankuasa Pemuda Umno Titiwangsa sehingga proses pengundian bahagian itu terpaksa digantung.

Tular lima klip video yang memaparkan dua individu iaitu Pengerusi Pemilihan Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU) Titiwangsa Zaharah Adnan dan Timbalan Pengerusi JPU Umno bahagian itu, Datuk Shamsul Bahari yang ‘kantoi’ mencuri kertas undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat