Mengintai Dari Tirai Kamar raih lebih 100 juta tontonan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lagu evergreen, Mengintai Dari Tirai Kamar dendangan kumpulan Exist tular selepas diberi nafas baharu YouTuber popular Indonesia, Nabila Maharani Widyadewi dan Zinidin Zidan dengan memperoleh hampir 116 juta tontonan dalam laman YouTube.

Lagu yang ditukar kepada judul Buih Jadi Permaidani itu dimuat naik ke platform YouTube Nabila, iaitu Nabila Suaka sejak Oktober, tahun lalu.

Bukan sahaja menerima sambutan penggemar di negara seberang, malah tempiasnya juga diperoleh bekas vokalis Exist, Ezad Lazim yang menjadi penyanyi asal lagu ciptaan Saari Amri itu.

Ezad berkata, dia menerima lebih lima tawaran pelbagai pihak menyanyikan semula lagu berkenaan.

“Ada yang mahu rakam versi baharu dan duet dengan penyanyi Budak Baru Nak Up (BBNU) atau Indonesia. Ada juga perancangan mahu menemukan saya bersama Nabila dan Zidan.

“Tidak ketinggalan, ada yang mahu menerbitkan filem.

“Saya berterima kasih dengan usaha beberapa YouTuber dan penyanyi dari Indonesia. Kerana mereka, lagu Mengintai Dari Tirai Kamar menjadi siulan semula.

“Jujurnya, memang ada perbincangan ke arah ini. Namun, saya belum memberi kata putus memilih mana satu tawaran,” katanya kepada BH Online.

Ezad dan Exists yang pernah mencipta populariti di Indonesia tidak pernah menyangka tempias itu membuka ruang rezeki lebih luas buat mereka.

“Saya pun tak sangka lagu Mengintai Dari Tirai Kamar versi Indonesia disukai ramai.

“Tentunya penghargaan harus diberi kepada pencipta lagu, Saari Amri kerana mencipta karya indah ini.

“Bagaimanapun, saya perlu fikirkan tawaran ini bukan untuk saya sahaja tetapi membabitkan Exists. Saari pun ada tawaran mahu diberikan pada kami,” katanya.

 

Ezad dan Exists yang pernah mencipta populariti di Indonesia tidak pernah menyangka tempias itu membuka ruang rezeki lebih luas buat mereka.
Ezad dan Exists yang pernah mencipta populariti di Indonesia tidak pernah menyangka tempias itu membuka ruang rezeki lebih luas buat mereka.

 

Dalam pada itu, Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohamad Lazim berkata, Exists dijangka menghasilkan single baharu, tidak lama lagi.

“Saya sentiasa terbuka dengan kerjasama bersama Exist, biarpun bukan lagi anggota kumpulan ini.

“Sebelum ini, saya pernah menjayakan Konsert Reunion Exists di Stadium Malawati Shah Alam pada 2019.

“Namun, jika tiada aral melintang, saya dan Exists merakamkan semula lagu popular atau berduet lagu baru dengan penyanyi yang tular dari Indonesia,” katanya.

Mengenai kerjaya solonya, Ezad baru muncul dengan single berjudul Bidadari ciptaan Don Ozel.

Lebih menarik, katanya, ia mengangkat kisah pengalaman dilalui komposer itu.

“Ia adalah karya penuh makna yang menghargai keberadaan seorang wanita dalam hati lelaki yang mencintainya.

“Malah, lagu Bidadari diilhamkan menerusi pengalaman pencipta lagu selepas mendengar ceramah seorang ustaz yang mengatakan seseorang yang hidup keseorangan pasti bertemu bidadari,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat