GUNGNIR 110 tawar kualiti binaan dan pengudaraan terbaik

Pemilik desktop kelas permainan pastinya mementingkan aliran udara yang baik di dalam ‘rumah’ atau ‘casing’ set mereka untuk menjamin suhu berada di tahap paling minimum.

Terdapat pelbagai model serta jenama yang ditawarkan berada di pasaran namun tidak semua yang menawarkan pengaliran udara yang baik.

Untuk itu, jenama terkemuka kelas permainan, MSI menawarkan ‘PC Case’ mereka daripada generasi MPG GUNGNIR Siri 110 daripada kelas kerangka pertengahan (Mid Tower Case).

Untuk kerangka ini, sambungan sokongan depan menawarkan dua port USB termasuk satu port USB jenis C bersama-sama dengan butang kawalan lampu LED yang memudahkan pengguna menukar tetapan penyeragaman lampu.

Panel bahagian depan dibina menerusi ‘Anterior Kaca’ bersama-sama dengan penapis habuk serta kerangka ini memuatkan saiz radiator penyejuk 360mm tanpa sebarang masalah.

Sesuai dengan trend semasa iaitu pemilik desktop kelas permainan pastinya mahu mempamerkan set mereka, panel tepi dilengkapi dengan kace diperkukuh serta boleh dibuka dan tutup dengan mudah.

Bahagian atas pula dilengkapi dengan penapis habuk bermagnetik sekali gus mengurangkan habuk untuk masuk ke dalam desktop.

Untuk aliran udara, panel depan digunakan untuk menyedut udara masuk manakala panel atas dan belakang bertujuan sebagai ‘eksos’ iaitu pengeluaran haba panas di dalam desktop.

Kerangka ini menyokong tiga saiz papan induk bermula daripada Mini ITX, Micro ATX dan ATX tanpa masalah mengikut keselesaan pengguna.

Menyentuh tentang sokongan kipas, panel depan boleh dimuatkan dengan tiga kipas bersaiz 120mm atau dua kipas bersaiz 140mm.

Untuk panel atas, dilengkapi dengan dua kipas 120mm dan satu unit kipas belakang  bersaiz sama.

Harian Metro

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Zahid tak berbual dengan Anwar lepas PAU 2020, lapor Polis audio fitnah

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berang dengan sebaran fitnah rakaman audio perbualan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Ejen Ali The Movie ke Brazil

uala Lumpur: Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie terus mencipta kejayaan apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021,...

Netizen Dakwa Ada Kedai Motosikal ‘Markup’ Harga Y16ZR Cecah RM13,000

Pernahkah anda mahu membeli sesuatu barangan, tetapi anda diminta bayar ‘wang pendahuluan’ atau ‘deposit’ terlebih dahulu oleh pihak kedai supaya anda dapat ‘lock’ barangan...

Ramlah Ram belum terbuka hati nak sertai Gegar Vaganza

Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Ramlah Ram, 56, belum terbuka hati untuk menerima tawaran menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza (GV). Ramlah berkata, dia bukan menolak...