Pengarah, CEO Aman Palestin didakwa 52 pertuduhan pecah amanah mengaku tidak bersalah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengarah Eksekutif Aman Palestin Bhd (Aman Palestin), Abdullah Zaik Abdul Rahman dilaporkan mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas dihadapkan dengan 52 pertuduhan pecah amanah pada Khamis.

Jumlah dana yang terlibat dalam pertuduhan tersebut dikatakan berjumlah lebih RM20 juta.

Abdullah Zaik didakwa melakukan jenayah pecah amanah atas kapasitinya sebagai pengarah kepada syarikat Samudra Champa Sdn Bhd yang diberikan amanah atas harta milik Aman Palestin bernilai RM500,000.

Sebelum ini, media melaporkan, seramai tiga individu dari pengurusan tertinggi Aman Palestin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Ia susulan dakwaan badan bukan kerajaan (NGO) itu menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Pertuduhan tersebut dialporkan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pengerusi Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Syarikat pada pukul 9 pagi.

Aman Palestin juga sebelum ini dilaporkan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM ekoran pembekuan akaun bagi tujuan siasatan.

Peguam mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali dilaporkan berkata, tindakan itu dilakukan selaras Seksyen 44A Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA) 2001.

Pada 23 November 2023, SPRM membekukan 41 akaun bank Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan bernilai lebih RM15.86.

Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober 2023.

SPRM juga dilaporkan telah merakam beberapa keterangan saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat