Punca Kejadian Tanah Runtuh Jalan Kuala Lumpur-Bentong Sedang Dikaji – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan ke lokasi tanah runtuh di Jalan Kuala Lumpur- Bentong bagi mengenal pasti punca kejadian.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan, Timbalan Menterinya, Datuk Seri Huang Tiong Sii juga telah ke lokasi kejadian untuk pemantauan.

“Berhubung insiden tanah runtuh di Jalan Kuala Lumpur – Bentong dan banjir lumpur di kawasan terbabit, saya ingin menasihatkan penduduk yang terjejas supaya berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga.

“NRECC melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) akan ke lokasi untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Pada 13 Februari lalu, Jalan Kuala Lumpur-Bentong yang menghubungkan Genting Sempah ke Janda Baik ditutup kepada semua kenderaan.

Kejadian jalan runtuh itu dianggarkan berlaku sepanjang 50 meter di laluan FT68, Jalan Bentong-Kuala Lumpur (jalan lama) dalam kejadian banjir kilat pada jam 6.30 petang Isnin.

Orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur -Karak- Persimpangan Bukit Tinggi – Stesen BHP Bukit Tinggi – SMK Bukit Tinggi – Janda Baik.

Kejadian tanah runtuh itu dipercayai berlaku akibat hakisan tanah di sebelah kiri jalan dan aliran air masih ada di atas jalan dan penilaian kerosakan masih dalam siasatan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat