PM Berlepas Ke Turkiye

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Delegasi berlepas ke Turkiye untuk bertemu rakan sejawatnya, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Kata Anwar, lawatan ini bagi memberi semangat kepada Presiden negara itu, Recep Tayyip Erdogan dan rakyatnya susulan tragedi gempa bumi yang meragut ribuan nyawa.

Sejurus tiba di sana, Anwar akan ke Gaizantep bagi melihat sendiri kawasan bencana yang terjejas selain berjumpa Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kita yang telah ditugaskan membantu operasi carilamat mangsa gempa bumi.

“Dengan izin Allah, malam ini saya berangkat ke Turkiye bersama Menteri Luar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan delegasi Malaysia.

”Sejurus tiba di sana, saya akan ke Gaizantep bagi melihat sendiri kawasan bencana yang terjejas selain berjumpa Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kita yang telah ditugaskan membantu operasi carilamat mangsa gempa bumi.

”Saya percaya, kumpulan SMART kita berkemampuan dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi seperti yang ditunjukkan sebelum ini hingga mampu membawa keluar mangsa yang masih hidup dan terselamat dalam bencana tersebut.” Katanya menerusi catatan Facebooknya.

Dalam pada itu, Anwar memohon seluruh rakyat jelata agar mendoakan perjalanan kami dan dipermudahkan urusan disana hendaknya.-SUARATV

#MalaysiaMadani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat