PRN Johor: Jentera Perlu Fokus, BN Perlu Menang – MB Pahang

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Ismail menggesa jentera Barisan Nasional (BN) perlu fokus dengan gerak kerja bersasar di kawasan jagaan masing-masing.

Tegasnya, BN harus menang di Johor demi kestabilan, kemajuan dan kemakmuran.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berada di Johor mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan bersama jentera-jentera BN.

May be an image of 3 people and indoor
Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan bersama jentera-jentera BN dari beberapa kawasan di Johor malam semalam.

“Saya meneruskan gerak kerja di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan bersama jentera-jentera BN dari beberapa kawasan di Johor malam ini.

“Dalam mesyuarat ini, saya minta jentera BN fokus dengan gerak kerja yang bersasar di kawasan jagaan masing-masing serta kekal istiqomah meskipun berhadapan dengan pelbagai fitnah, putar-belit, serta manipulasi isu daripada parti lawan.

“InsyaAllah, jentera dari Pahang akan membantu sepenuh masa demi memastikan kemenangan BN di Johor.

“BN harus menang di Johor demi kestabilan, kemajuan, dan kemakmuran.” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat