Malaysia-Filipina Capai Kata Sepakat Iktiraf Sijil Vaksinasi Secara Timbal Balas

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia dan Filipina semalam mencapai kata sepakat untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi lengkap Covid-19 negara masing-masing secara timbal balas.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, pengembara dari Malaysia kini dibenarkan memasuki Filipina dengan menunjukkan bukti sijil vaksinasi digital dalam aplikasi MySejahtera masing-masing.

“Sementara pengembara dari Filipina akan turut dibenarkan memasuki Malaysia dengan bukti sijil imunisasi lengkap dalam aplikasi negara jiran itu, VaxcertPH,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, jelas Wisma Putra, kemasukan pengembara masih tertakluk kepada prosedur kuarantin dan protokol semasa oleh pihak berkuasa di kedua-dua negara.

Persetujuan tersebut menyelesaikan isu tujuh rakyat negara ini yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino kelmarin.

Ia susulan insiden penahanan mereka kerana isu sijil MySejahtera tidak diiktiraf negara itu. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat