Vlogger Digantung Kerja Gara-Gara Tuduh Penghantar Grab Curi Minuman

KUALA LUMPUR — Gara-gara menuduh penghantar Grab mencuri minuman yang dipesan sehingga tular di media sosial, seorang lelaki yang juga vlogger popular digantung kerja.

Syarikat bantuan dan waranti bateri kereta Bateriku.com dalam kenyataan berkata pihaknya tidak bertolak ansur dengan tindakan kakitangannya yang tidak sopan.

“Pihak Bateriku.com ingin memohon maaf di atas tingkah laku staf kontrak Bateriku.com, Ezrin Nazan yang telah terlanjur kata dan bahasa dalam mengeluarkan komen yang tidak sopan berkenaan Grab driver di laman sosial tempoh hari,” kata Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Muhsin Sabri dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook dan Twitter semalam.

“Pihak Bateriku.com telah mengambil tindakan serta merta untuk menggantung kerja Ezrin Nazan sementara siasatan dilakukan.”

Ezrin kelmarin di Twitter memesan tiga minuman Starbucks melalui aplikasi Grab, namun mendapati hanya dua bungkus cawan sahaja yang sampai.

Pemuda itu mendakwa penghantar Grab mencuri salah satu minumannya dan membuat aduan kepada syarikat itu.

Namun Grab melalui respons di Twitter menjelaskan kemungkinan berlaku kesilapan melibatkan restoran terbabit, dan penghantar tidak berhak memeriksa makanan atau minuman yang telah dibungkus untuk dihantar kepada pelanggan.

Warga maya kemudian menjadi berang dengan sikap pemuda itu yang membuat tuduhan melulu sehingga menjadi tular di media sosial.

Ezrin kemudian memuat naik video di YouTube semalam membuat permohonan maaf kepada Grab dan penghantarnya kerana menulis ciapan berbentuk provokasi.

“Saya mengaku salah kerana menciap dari akaun peribadi. Kesilapan saya adalah tuduh penghantar tapi penghantar tak curi pun air.

‘Penghantar Grab tidak bersalah,” katanya dalam video berdurasi 12 minit.

Semakan mendapati pemuda itu telah memadam akaun media sosialnya di Twitter dan Instagram selepas banyak menerima kecaman warga maya. – MalayMail

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Orang Melayu biasa tak derhaka kepada raja tapi angkara darurat mereka marah – Tun M

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan darurat membangkitkan kemarahan orang Melayu kepada istana kata, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kata beliau, kemarahan orang Melayu itu...

Tok Mat cadang solusi kerajaan bantu rakyat B40 musim raya

KUALA LUMPUR - "Kerajaan perlu berhenti dengan tindakan reaktif mereka," tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau sebaliknya mencadangkan supaya kerajaan Perikatan Nasional...

J-KOM Nafi Bayar Elaun Bulanan RM15 Ribu

CYBERJAYA: Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) menafikan membayar elaun bulanan berjumlah RM15,000 kepada individu seperti yang didakwa di akaun Facebook 'Politaik'. Menurut kenyataan media J-KOM, video...