Konsert ‘Lovechestra Mahalini LiveI in KL` bakal ke Malaysia pada 3 Febuari 2024

- Advertisement -

Konsert ‘LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR’ yang akan berlangsung pada 3 Febuari 2024 di Megastar Arena Kuala Lumpur @Sg. Wang Plaza, Bermula pada pukul 8.00 malam dengan artis undangan khas, Rizky Febian.

Konsert anjuran istimewa oleh jenama kosmetik tersohor negara, Alha Alfa bersama syarikat penganjur konsert, Kharisma Music, Pastinya konsert ini akan menjadi konsert yang paling dinanti nanti pada tahun ini.

Mahalini adalah penyanyi jelita yang berasal dari Bali, Indonesia yang popular dengan lagu ‘Sial`, Mahalini Ayu Raharja, atau lebih  mesra dengan panggilan Mahalini mempunyai bakat  vocal yang bertenaga dan merdu.

Mahalini adalah artis Indonesia yang berjaya dalam meraih pelbagai anugerah serta pengiktirafan di industri muzik Indonesia beserta jumlah penstriman yang tertinggi di Spotify (Indonesia), dengan karya-karya nyanyiannya yang sering menjadi viral di medsos.

Konsert yang bertemakan ‘Lovechestra’ (love + orchestra), ia menggabungkan gubahan dan susunan  muzik orkestra yang berkisarkan kisah cinta, kisah suka dan duka sepanjang karier seni serta  peribadi Mahalini yang mudah didekati dan sentiasa membuat orang sekelilingnya senang,  dan istimewanya konsert ini akan dijayakan bersama 20 pemuzik tempatan yang terpilih.

Konsert ini nanti dijangkakan akan berlangsung selama lebih kurang 2 jam dengan hampir 15  sehingga 17 buah lagu yang akan dipersembahkan bersama sama band yang  dipanggil ‘Lini’ dengan pengarah muzik khas dari Indonesia iaitu Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan juga Dennis Nusi.

Ditanya apakah yang penonton bakal rasai di konsert itu nanti, jawab Mahalini teruja, “Mereka akan terbawa ke dalam dunia saya melalui persembahan yang cukup istimewa, mereka akan merasai sendiri sebuah momen cerita indah dalam kehidupan mereka yang berawal dari karya-karya saya yang mewakili perasaan penonton semua.”

Selain penganjur bersama, Alha Alfa dan Kharisma Music, konsert ini turut mendapat sokongan dari rakan radio rasmi, ERA, rakan deko, Kayangan Gallery, rakan penerbangan, Batik Air, dan rakan bersama, HAPM.

pembeli tiket konsert LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utamanya berupa sebuah kereta, serta hadiah-hadiah lain yang tidak kurang menariknya, jadi dapatkan tiket-tiket anda dengan  kadar segera! Tiket-tiket konsert terbahagi dalam beberapa kategori: Standing (RM279), Gold Seated  (RM299), VIP Standing (RM399), VIP Seated (RM429) dan VVIP Seated (RM799

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat