Filipina akan bangunkan pulau di Laut China Selatan untuk didiami tentera

- Advertisement -

MANILA – Filipina hari ini memaklumkan bakal membangunkan beberapa pulau di Laut China Selatan yang dianggap sebagai sebahagian daripada wilayahnya untuk menjadikannya lebih sesuai didiami tentera.

Rancangan itu dibuat ketika ketegangan semakin meningkat antara Filipina dan China yang saling menuntut wilayah di Laut China Selatan serta saling menuduh perilaku agresif di laluan air strategik berkenaan.

Selain Second Thomas Shoal yang turut dikenali sebagai Ayungin, Filipina menduduki lapan ciri lain di Laut China Selatan, dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada zon ekonomi eksklusifnya.

Bercakap selepas menghadiri sidang dipimpin Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, di markas tentera, Ketua Tentera Filipina, Romeo Brawner, bertekad mahu memperbaiki semua sembilan pulau terutama yang diduduki mereka.

Katanya, tentera mahu membawa mesin penyahgaraman untuk tentera yang menetap di atas kapal perang sengaja ditenggelamkan Filipina untuk menegaskan tuntutan kedaulatannya di Second Thomas Shoal pada 1999.

Beliau berkata, rancangan pemodenan tentera juga termasuk penerimaan lebih banyak kapal, radar, dan pesawat terbang ketika Filipina mengalihkan fokusnya daripada pertahanan dalaman kepada wilayah.

Sembilan kawasan itu termasuk pulau terbesar dan paling penting secara strategik di Laut China Selatan iaitu Pulau Thitu yang juga dikenali sebagai Pag-asa, terletak kira-kira 480 kilometer di barat wilayah Filipina, Palawan.

Selain Filipina, Brunei, China, Malaysia, Taiwan, dan Vietnam juga menuntut kedaulatan di Laut China Selatan, iaitu laluan barangan bernilai lebih daripada AS$3 trilion (RM13.95 trilion) setiap tahun. – REUTERS

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat